Monday, August 13, 2012

Islam Haramkan Undi Untuk DAP, PAS Salahkan UMNO?



NAMPAKNYA marah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila umat Islam di negara ini diharamkan sama sekali untuk memberi undi kepada parti sekutu “kesayangan”nya, DAP, oleh beberapa tokoh ulama di negara ini.

Seperti biasa, Abdul Hadi yang terkenal dengan gelaran “Ayah Chik” itu menyalahkan UMNO dan media massa yang melaporkan pendapat para ulama tersebut.

Apa masalah Presiden PAS itu sebenarnya? Yang diharamkan para ulama Islam itu ialah DAP dan bukannya PAS. Kenapa pula Abdul Hadi yang rasa tersinggung dan marah sangat dengan kenyataan tersebut?

Sayang sangatkah Abdul Hadi kepada DAP sehingga sanggup mengenepikan fatwa yang dikeluarkan demi masa depan Islam dan bangsa Melayu di negara ini dan apa pula kena mengenanya UMNO dalam isu ini?

Sebetulnya, beberapa NGO termasuk PERKASA sebelum ini mempersoalkan tentang hukum umat Islam memberikan undi kepada DAP setelah parti itu menolak agenda penubuhan Daulah Islamiyyah (Kerajaan Islam) dan perlaksanaan hudud.

Persoalan itu kemudiaannya dijawab oleh beberapa ulama Islam yang non-partisan dan ramai yang berpendapat bahawa memberikan undi kepada parti chauvinis ultra kiasu itu adalah haram memandangkan suasana politik negara yang subjektif di kala ini.

Jadi, apa masalahnya dan apa hal pula sehingga Abdul Hadi mahu marah-marah serta menyalahkan UMNO pula dalam hal ini?

Sewajarnya Abdul Hadi sebagai Presiden PAS yang berkuasa penuh di dalam partinya berkuasa untuk 
mengarahkan Dewan Syura dan Dewan Ulama PAS untuk bermuzakarah, bermuhasabah dan bermunaqashah sesama mereka mengenai isu ini.

Perkara pokok yang perlu diperbincangkan dewan-dewan tertinggi PAS itu ialah agenda-agenda PAS yang “diharamkan” DAP dan beberapa isu perjuangan partinya yang sebelum ini ditolak mentah-mentah di beberapa kerajaan negeri pimpinan PAS.

Misalnya soal aqidah umat Islam yang gagal dipertahankan di Selangor yang kemudiannya menyaksikan PAS diperlekeh dan kehilangan pengasas PAS di negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali, yang terpaksa dipecat dengan “linangan airmata” Abdul Hadi sendiri.

Seterusnya, PAS perlu merujuk kepada fatwa PAS sebelum ini yang mewajibkan seluruh umat Islam di negara ini untuk memberikan undi kepada UMNO/BN pada suatu masa dahulu, ketika umat Islam bersatu.

Ketika itu, PAS sendiri yang mewajibkan undi diberikan kepada ikatan UMNO/BN demi menyelamatkan Islam dan bangsa Melayu dari terus dipermain dan diperkotak-katikkan oleh agenda “halus” golongan kafir harbi ketika itu.

Apakah Abdul Hadi lupa “sejarah kegemilangan pengatuan umat Islam di Malaysia” itu?
Sekiranya Presiden PAS itu lupa, dia boleh merujuk kepada “orang lama” kepada Ustaz Asri Muda iaitu 

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, atau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, itu pun jika mereka belum “nyanyuk” lagi.

Abdul Hadi sebenarnya tidak perlu melatah dengan pendapat para ulama tersebut memandangkan bukan ulama PAS sahaja yang mahir dan memiliki ketinggian ilmu agama. Malaysia memang ramai lagi ulama dan ustaz-ustaz yang waras dan adil tentang soal hukum.

eperkara lagi, usahlah senang-senang melabelkan para ulama yang memberikan pendapat yang bertentangan dengan kepentingan PAS memandangkan mereka bukanlah ahli politik dan mereka tidak tahu bermain politik seperti PAS.

Justeru mereka ikhlas dalam memberikan pandangan mengenai siasah dan kepentingan Islam, apa salahnya jika Abdul Hadi dan PAS bermuhasabah atas teguran tajam untuk menegur pandangan songsang PAS?

Harap Abdul Hadi berhenti menyalahkan UMNO dan tidak lagi bersikap kebudak-budakan. Kalau terdesak sekali pun dalam hal ehwal politik, kepentingan Islam dan bangsa Melayu perlu diutamakan di negara ini.

Tak perlulah PAS cuba menegakkan benang yang basah memandangkan majoriti rakyat Malaysia mengakui bahawa sememangnya parti pimpinan Abdul Hadi itu sudah lebih dari 4 tahu telah “dikeldaikan” DAP dan PKR…


Sumber : Perak Today

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH