Sunday, August 5, 2012

Anwar Arah Siasatan Kes Gambar Seks Azmin Ditutup - Zamil




KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu siasatan berkenaan kes gambar panas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diteruskan walaupun mendapat desakan dari Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

Beliau turut mendakwa PKR bercadang melakukan siasatan dalaman berhubung dengan tersiarnya gambar panas namun ditolak oleh Anwar.

Zamil juga mendakwa telah berlaku pertelingkahan dalaman diantara dua kem iaitu kem yang menyokong agar diadakan siasatan dengan seberapa segera dengan kem yang menolak siasatan yang bakal dilakukan.

"Saya difahamkan siasatan itu tidak mendapat restu daripada Anwar sendiri.

"Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun didesak oleh Presiden parti dan beberapa pemimpin kanan parti," katanya.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah itu turut mendakwa kamera litar tertutup yang merakamkan gambar panas Timbalan Presiden PKR telah dipasang oleh pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.

Sebelum itu, beberapa laman blog mendedahkan gambar seks mirip Azmin didalam tandas namun beliau menafikannya dan menuding jari terhadap Umno sebagai permainan fitnah parti itu.

"Kenapa Azmin berdiam diri walaupun saya difahamkan telah wujud beberapa laporan polis dan bantahan dilakukan oleh pengundi kawasannya di Gombak dan di Bukit Antarabangsa," tegas Zamil.

Zamil turut menempelak sikap Azmin yang sering lantang bercakap mengenai hak asasi, keadilan sosial dan integriti namun tidak berani mempertahankan haknya jika benar beliau difitnah.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH