Tuesday, July 10, 2012

Rosmah bawa Anak-anak Permata Seni ke Dubai?!


















Seramai 66 daripada 150 anak-anak Permata Seni yang terpilih mengadakan persembahan sempena ‘12th Asia Pacific Conference on Giftedness’ sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk memeriahkan lagi majlis bertaraf antarabangsa itu.

Terdiri dari kanak-kanak berumur antara 7 hingga 15 tahun, kesemua mereka ini sedang gigih berlatih bagi memastikan persembahan terbaik sebelum berangkat ke Dubai, UAE.

Setiap anak-anak cilik ini begitu yakin dengan pelbagai rutin sama ada dari segi tarian, nyanyian mahupun mainan instrumen muzik, malah difahamkan kesemua mereka bakal mengadakan 20 persembahan baru menjelang Asia Pacific Conference on Giftedness bermula 13 Julai ini.

Persiapan akhir memperlihatkan kesemua anak-anak ini begitu bersemangat tinggi selain telah mempamerkan satu persembahan sehebat golongan dewasa.

Difahamkan, Penaung Permata Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri turut akan menyertai delegasi Anak-anak Permata Seni sebagai mewakili Malaysia dengan mempamerkan pelbagai jenis persembahan.



Seramai 22 orang anak-anak Permata Seni Muzik, 20 orang anak-anak Permata Seni Tari dan 24 anak-anak Permata Seni Koir terlibat di dalam beberapa persembahan di sana.

Ketua Delegasi, Datuk Norliza Rofli dalam perjumpaan terakhir Anak-anak Permata bersama ibu bapa turut menasihati mereka supaya tidak risau dengan keadaan anak masing-masing.

“Walaupun kita difahamkan cuaca di Dubai sangat panas sekarang ini tetapi ibu bapa tidak perlu risau kerana kami akan sedaya upaya menjaga anak mereka.

“Jangan risau dan berbanggalah dengan anak-anak anda kerana terpilih untuk mempersembahkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menerusi persiapan terakhir itu, menurut Norliza lagi, apa yang diharapkan kini adalah kesemua tenaga pengajar dapat melakukan penambah baikan bagi menutup kecacatan kecil dalam persembahan anak-anak Permata.



Untuk makluman, PERMATA SENI adalah satu daripada program PERMATA yang melibatkan usaha sama antara pusat PERMATA Negara dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

PERMATA SENI terbahagi kepada dua program iaitu PERMATA SENI MUZIK yang dikelolakan oleh Istana Budaya (IB) dan PERMATA SENI KOIR  yang dikendalikan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Program PERMATA SENI telah dilancarkan pada 11 Januari 2010 bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Ahli ahli PERMATA Seni terdiri daripada kanak-kanak yang terpilih serta cemerlang dalam akademik, seni Koir dan Muzik. Ahli-ahli Permata Seni berusia antara 7-12 tahun, manakala bagi PERMATA Seni Muzik berusia antara 8-15 tahun.

Beberapa program dan aktiviti khas seperti Bengkel,  Kem muzik dan Konsert Jelajah telah disusun untuk membimbing ahli PERMATA Seni ke arah kecemerlangan.




 

1 comment:

  1. Satu perlaburan yang baik hasil idea "F.L.O.M" untuk memastikan kelangsungan syiar Islam di tanahair Malaysia yang tercinta.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH