Monday, July 9, 2012

Majlis Perasmian Pusat Anak Permata Negara!






















Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kerinchi  antara pusat pendidikan awal kanak-kanak yang mendapat tempat istimewa di hati penaungnya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana, penubuhan Permata di kawasan itu adalah amanah yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke kawasan Lembah Pantai Januari lalu.

Rosmah yang juga isteri kepada Perdana Menteri memberitahu, Pusat Permata di Kerinchi yang telah mula beroperasi sejak 27 Mei lalu merupakan sebahagian daripada janji Najib untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada rakyat kawasan itu.

“Sehingga hari ini, seramai 35 orang kanak-kanak telah mendapat peluang untuk mengikuti program Permata dimana mereka sekaligus dapat belajar dalam keadaan yang ceria dan selesa.

“Walaupun Pusat Permata Kerinchi ini dibina di bahagian bawah rumah pangsa, namun dengan ciri binaan yang sesuai ia adalah selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak ini menimba ilmu dengan kaedah yang ceria,” katanya.

Rosmah menambah, sememangnya terdapat kekangan dalam aspek keluasan tanah untuk pembinaan PAPN Kerinchi, namun ia tidak menghalang kanak-kanak di pusat ini untuk menlaksanakan aktiviti.

Apa yang lebih menarik, PAPN Kerinchi walaupun dibina di rumah pangsa namun masih ada kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak dilaksanakan.

Menurut Rosmah lagi, selain keistimewaan PAPN Kerinchi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, pusat pendidikan awal kanak-kanak ini juga telah dipilih sebagai pusat angkat oleh Hospital Tung Shin.

“Permata sememangnya amat menekankan aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan diri kanak-kanak.

“Dengan pemilihan PAPN Kerinchi sebagai pusat angkat Hospital Tung Shin, ia sekaligus membolehkan hospital terbabit memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada anak Permata.

“Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak yang belajar di Permata sentiasa berada dalam keadaan sihat dimana ia amat bagus untuk perkembangan mental dan fizikal optima mereka,” katanya.

Sumber : Perak Today

1 comment:

  1. hah! kan elok macam ni... banyakkan lagi program untuk rakyat! teruskan program2 yang berpusatkan rakyat!

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH