Friday, July 27, 2012

Cili Panas! Antara Impian Najib dan Mimpi Anwar!


Rakyat tumpang gembira serta mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 59 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jatuh pada 23 Julai yang lalu.

Lebih daripada itu rakyat berasa bertuah mempunyai seorang pemimpin bervisi seperti Datuk Seri Najib yang bakal membawa negara ke tahap pembangunan yang jauh lebih maju dan progresif dalam tahun-tahun mendatang.

Rancangan beliau untuk memantapkan lagi pentadbiran negara melonjakkan pembangunan negara sediada serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat semuanya terkandung kemas dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Melalui kedua-dua program mega itu, terserlah kualiti pada diri Perdana Menteri bahawa beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman lama dalam pentadbiran kerajaan selama 36 tahun malah arif bagaimana melakar perjalanan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran abad ke 21.

Malangnya segala impian rakyat yang ingin dibawa dan direalisasi oleh Perdana Menteri bakal hancur sekiranya pembangkang yakni Pakatan Rakyat dibenarkan memegang tampuk kuasa di Putrajaya.

Pada masa kini, pembangkang sedang sibuk dengan agenda politik mereka untuk meruntuhkan perancangan pembangunan yang telah di susun oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

Mereka menyerang pentadbiran kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya melalui pendekatan media yang dibantu oleh rangkaian media Barat.

Mereka mencipta dan mengada-adakan bermacam-macam fitnah dan tohmahan untuk melemah serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Ada sahaja isu yang boleh pembangkang memanipulasi, mereka akan membesar-besarkan dan menjadikan isu itu sebagai satu senjata menghentam kerajaan.

Bagi pembangkang kebenaran hanya ada pada pihak mereka.

Walaupun kerajaan berulang kali memberi penjelasan secara terperinci mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan samada di dalam atau luar Parlimen, itu tidak menjadi penting kerana pembangkang yang menentukan samada ianya benar atau salah.

Tujuan semua tindakan pembangkang ini ialah supaya rakyat tidak akan merasa kesan positif dan perubahan positif kepada kehidupan mereka hasil program serta dasar yang telahpun terlaksana setakat ini.

Pembangkang tidak mahu rakyat berfikir bagaimana mereka menikmati perkhidmatan kesihatan dan perubatan paling rendah di dunia di Klinik 1Malaysia dengan hanya yuran serendah RM1.

Perdana Menteri tidak mahu membebankan rakyat dengan  perkhidmatan kesihatan yang tinggi terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, sebab itu kerajaan sanggup mengenakan caj lebih rendah daripada harga segelas teh tarik!

Pembangkang juga mahu mengalih perhatian rakyat kepada langkah kerajaan memperkenalkan Kedai 1Malaysia yang menjual banyak produk barangan buatan tempatan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaraya seperti Tesco, Giant atau Carrefour.

DAP sebelum ini cuba menggagalkan usaha kerajaan ini dengan memburuk-buruk kualiti produk yang dijual tetapi rakyat lebih bijak berfikir bahawa itu adalah propaganda murahan pembangkang.

Kini laporan media menyatakan seringkali Kedai 1Malaysia kehabisan stok kerana sambutan rakyat yang amat menggalakkan.

Bagi lebih 70,000 golongan pemandu teksi yang selama ini memberi khidmat kepada rakyat, kerajaan tidak melupakan pengorbanan mereka dengan memberi tayar percuma melalui skim Tayar 1Malaysia, malah kerajaan juga sedang menimbang skim caruman Perkeso dan KWSP bagi mereka.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan pemandu teksi kononnya untuk menunjukkan prihatin beliau kepada nasib mereka tetapi apa yang mampu ditawarkan beliau hanyalah air liur dan janji kosong.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH