Thursday, October 18, 2012

Panas! Benarkah PAS Tumbang Sejak Bersahabat Dengan DAP?!


Agak menggelikan hati apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, menyifatkan hubungan PAS dan DAP adalah sangat baik dan saling faham memahami antara satu sama lain dalam gabungan songsang kedua parti itu.

Malah kata beliau di laman Facebook semalam, UMNO sudah lama tumbang dan PAS pula sedang mengukuhkan laluan!

Entahlah laluan apa yang dimaksudkan oleh anak lelaki Nik Aziz itu, mungkin juga laluan PAS ke Putrajaya, mungkin?

Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu jelas bertentangan dengan apa yang berlaku di Kedah di mana Dewan Ulama PAS Negeri itu menyelar DAP yang disifatkan sebagai tidak menghormati PAS.

Katanya, PAS selalu berusaha untuk menjaga hati DAP dalam apa jua hal sekali pun, namun parti “chauvinis ultra kiasu” itu sebaliknya dikatakan sering melukakan dan tidak peduli untuk menjaga hati PAS!

Kenyataan dari Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Zainol Asri Ramli, turut membidas DAP yang menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Dalam hal papan iklan tersebut, DAP menegaskan bahawa mereka menentang sebarang perlaksanaan undang-undang MBAS yang menetapkan penggunaan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Persoalannya, dari insiden yang berlaku di Kedah tersebut, apakah ia menandakan bahawa hubungan PAS dan DAP itu benar-benar ikhlas, satu hati, sejiwa dan mempunyai dasar yang disepakati bersama?

Nampaknya tidak sama sekali jawapannya!

Yang jelas di sini adalah anak Nik Aziz itu menipu sekali lagi bagi menutup pertentangan dan bau busuk bangkai yang bersarang di dalam hubungan PAS dan DAP.

Saya masih ingat lagi “fatwa” ayahnya yang mengatakan bahawa PAS sanggup bersahabat dengan DAP semata-mata untuk menjatuhkan UMNO. Namun, setelah berkawan dengan DAP, apakah PAS fikir DAP itu tunduk padanya?

Rasanya tak payahlah saya ungkit lagi tentang kisah Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang dipulau dan dimaki hamun oleh golongan Anwarinas di dalam PAS hanya kerana mereka tidak suka parti itu bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Hasan Ali bencikan PKR dan Nasharuddin pula langsung tidak suka pada DAP. Namun oleh kerana bapa Nik Abduh suka dan gemar berkawan dengan DAP, maka PAS sedia untuk hilang maruah dan dasar perjuangan mereka demi kuasa politik!

Sebenarnya, melalui rakan-rakan di dalam PAS yang masih berpegang kepada kepimpinan ulama, mereka sangat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku di dalam parti mereka kini.

Kata mereka, PAS kini bukan seperti dahulu lagi apabila parti itu disifatkan hampir rosak, punah dan jahanam disebabkan oleh hubungan mereka dengan parti DAP dan PKR.

Paling sadis, ada di antara mereka yang malu untuk mengaku sebagai ahli PAS yang dulunya begitu tulen berjuang demi Islam, kini tunduk kepada kemahuan rakan-rakan DAP mereka yang mahu dasar-dasar parti mereka dimansuhkan.

Persoalannya, apakah para pemimpin PAS tidak sedar dan tidak mendengar suara hati serta rintihan para penyokong parti yang selama ini berjuang serta memberikan undi kepada mereka pada setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini?

Pada saya, jika para penyokong PAS “totok” sendiri pun sudah sedar tentang betapa PAS sudah terpesong dan terpengaruh dengan “agen Yahudi” – “chauvinis ultra kiasu” itu, apatah lagi golongan atas pagar yang terang-terang terkejut dengan perubahan negatif pada parti pembangkang itu.

Pandangan saya itu bukanlah kerana saya menyokong UMNO, namun sebagai salah seorang saudara seagama dengan para penyokong PAS, saya hanya menceritakan tentang apa yang berlaku di peringkat akar umbi.

Nak percaya atau tidak, itu terserah. Namun apa yang jelas di sini ialah “bukan UMNO yang tumbang”, tapi PAS sendiri yang sudah hilang, padam, punah, musnah dan tumbang setelah bersahabat dengan DAP!

2 comments:

  1. ya mmg benar dap ni umpama duri dalam dagin merpeguna kan orang kita dan merperbodoh orang melayu supaya orang melayu sesama orang melayu bermusuh sesama sendiri maka dari situlah dap akan megambil peluang membina kubu kekuatannya yang begitu mudah untok mereka perolehi dengan jalan yang mudah..

    ReplyDelete
  2. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR AHLI DAN PENYOKONG TEGAR PAS TIDAK SEPERTI GOLONGAN SEPERTI YANG DIFIRMANKAN ALLAH DI DALAM SURAH YASSIN AYAT 9 YANG BERMAKSUD " Dan Kami(Allah) adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami (Allah) tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat" sehingga mereka tidak boleh melihat "muslihat" DAP terhadap Islam itu sendiri. Contoh yg ketara adslah komen Ngah Kor Meng (DAP Perak) tentang bantahan umat Islam terhadap peristiwa menghina Nabi Mohamad SWA.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH