Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya
seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya
mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk
menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.
Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan
pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding
keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan
sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.
Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS,
cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan
politik kepartian juga yang didahulukan.
Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang
mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba
memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima
imbuhan BR1M dan lain-lain.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim
mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M,
Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu
beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.
"Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat
sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu
bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.
Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara
bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas
kawalan perbelanjaan negara diurus.
Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan
PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian
One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli
jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."
Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan
kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu,
orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan
anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai
diri.
Hakikatnya tidak sedemikian. Walau wang yang diterima
nilainya tidak seberapa, besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang
berpendapatan rendah. Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula
mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.
Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara
ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya. Jangan dihina rakyat yang
berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini
jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.
Percayalah, selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar
dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah
dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim, nescaya
sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk
pemerintahan negara ini.
Blue Bear
Blue Bear
YANG BODOH TU USTAZ TUAN IBRAHIM SENDIRI.
ReplyDeleteBANAK KOMEN KOMEN TANG KELUAR DARI MULUTNYA KURANG PANDAI.
SURUH ORANGTANGGUH PERGI AJI DEMI PRU 13.
Mana LEBIH PENTING, TUNAIKAN RUKUN ATAU BANTU PAS/DAP KAFIR MENANG PRU 13.
DENGKI TERHADAP SESAMA ISLAM SANGAT tebal.
yang bodoh tuan ibrahim sendiri serta pengikut2 agama pas. bukan semua orang islam bodoh tapi mereka yg menganut agama pas memang bodoh!
ReplyDeleteUstaz Brahim ni memang baral.
ReplyDelete