Saturday, August 11, 2012

Salah Pilih Pemimpin, Masa Depan Belia Tergadai - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR 11 Ogos -  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Ahmad Maslan berkata masa depan pendidikan generasi muda akan tergadai sekiranya rakyat silap memilih kerajaan.

Beliau berkata kegagalan kerajaan Selangor menguruskan Universiti Selangor (Unisel) jelas menunjukkan mereka sekadar bijak berkata-kata tetapi tidak pandai mentadbir.

"Inilah satu lagi siri kegagalan pembangkang dalam menguruskan pendidikan rakyat," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung demonstrasi oleh lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), yang menguruskan kediaman penuntut Unisel di Bestari Jaya, Selangor, yang menuntut gaji daripada universiti milik kerajaan negeri itu.

Demonstrasi tersebut diadakan ekoran kegagalan Unisel membayar kos penyelenggaran kampus induk dan lapan buah asrama yang telah tertunggak sebanyak 17 bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata pembangkang nyata tidak sepakat berhubung tema sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun ini.

Beliau berkata pembangkang tidak akan mampu bersepakat.

"Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengatakan negeri yang ditadbir pakatan akan menggunakan tiga tema sambutan Hari Kebangsaan.

Sumeber : KL Pos

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH