Sunday, August 19, 2012

PAS tak matang


PUTRAJAYA, 19 Ogos - Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut.

Bernama

1 comment:

  1. sudah menjadi tabi'e semula jadi PAS yang tak mungkin melihat kebenaran akan sesuatu perkara; tambahan lagi telah dilahirkan pencacai pencacai yang mempraktikkan budaya taksub kepada parti. apa yang kita sama telah lihat adalah Nasya merupakan pejuang agama dan jauh dilubuk hati beliau tidak punyai perasaan bermusuhan. dirumuskan bahawa PAS akan memusuhi sesiapa saja yang berbaik dengan musuh mereka tanpa mengambil kira PERINTAH supaya berbaik sesama maknusia.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH