Tuesday, July 17, 2012

Cili Pedas! Pelajar boleh bawa telefon pergi Sekolah Tahun Depan!



Pelajar sekolah di seluruh negara – mungkin dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, pada sesi persekolahan tahun depan.

Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Datuk Dr Wee Ka Siong  Timbalan Menteri Pelajaran berkata

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.

Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.

Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.

Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.

Bagi aku benda ni sangat bagus sebab telefon sekarang dah jadi keperluan untuk setiap orang , lagipun senang kalau boleh bawa telefon sebab masa balik pelajar boleh telefon ibubapa atau penjaga untuk ambil mereka.

4 comments:

  1. aku nak suruh anak aku rakam gambar cikgu dan pihak pentadbiran dan siarkan melalui youtube... he he he.. pasti kantoi la cikgu..

    Jangan lupa rakam gambar kawan-kawan dalam tandas atau yang sedang bergaduh.. siarkan dalam youtube.... cantik?

    ReplyDelete
  2. APA LA BRO? SAYA TAMBAH SIKIT LAGI.

    KITA SURUH BUDAK-BUDAK BELAJAR MENAIP SMS.
    PROSES P&P KIRA NOMBOR DUA? TENGOK GAMBAR LUCAH PERLU DIUTAMAKAN.

    BESTNYA KANAK-KANAK ZAMAN SEKARANG.

    ReplyDelete
  3. Ada pro dan kontra kes penggunaan telefon untuk pelajar tahun depan.
    Cadangan saya, Handphone biarlah yang paling murah antara RM50 hingga RM80. Maksudnya hanya boleh bercakap dan SMS sahaja.

    Yang SMS ni pun masih boleh disalahgunakan oleh pelajar. Al-maklum zaman mereka adalah zaman celik IT.

    Jika handphone dibenarkan oleh pihak berwajib. Maka lebih 5 juta pelajar pasti memilikinya. Dasyat... Dasyat..

    ReplyDelete
  4. baru style boleh bawa phone! boleh rakam cikgu ceramah haha

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH