Kedatangan bulan Ramadhan merupakan satu penantian yang sangat bermakna kepada hamba-hamba Allah Ta’ala yang cintakan ibadah dan ganjarannya yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga bulan yang mulia ini takdalah skandal-skandal yang tak patut. kahkahkah
Niat Puasa Ramadhan
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH