Sunday, July 1, 2012

PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji!


Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa "menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa".

Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.

Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.

Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain.

Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam.

Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.

Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t?

Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.

Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya - demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH