Friday, February 14, 2014

Ucapan YDP PIBG Yang Menyentuh Hati!

" .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudhoratkan.

Ni bukan wa yang tulis, Aku dapat email ada orang hantar. 

5 comments:

  1. Mejoritinya org Melayu dalam negara ni,,Melayu ni tahu je lah,bab politik no satu,bab lain jauh kebelakang.Buat lah polisi atau sisitem macam mana pun,memang tak akan menjadi utk org Melayu tapi polisi dan sisitem yg sama boleh pula menjadikan pada orang lain .Jadi yg masih terkial-kial tu org Melayu lah,jangan salahkan kerjaan ke apa,salahkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Mungkin nak suruh tukar kerajaan, kot kot nak berubah. Entahlah! Pemimpin kita suka berpolitiking sepanjang masa.

    ReplyDelete
  3. setuju sangat. Begitu juga dengan perjawatan. Guru-guru disuruh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.. Tapi sebilangan guru besar (GB) dan penolong kanan tak mengambil endah pun.Maka jadilah gred jawatan guru biasa lebih tinggi dari GB. GB ni pulak melalui MGB minta mereka dinaikkan ke gred DGA42. Apa ni. Ertinya guru-guru yang dah lama berkhidmat dan mendapat gred DG41melalui PJJ tak akan merasa menjadi guru besar selagi golongan yang tak berminat menyambung pelajaran ni masih ada. Sepatutnya apabila semakin ramai guru yang berijazah di sekolah rendah maka kementerian atau JPA perlu mengubah akta yang menggazetkan bahawa guru besar sekolah rendah mestilah bukan kelulusan ijaxah kepada yang berkelulusan ijazah.

    ReplyDelete
  4. Aku jadi guru dah hampir 30 tahun...
    Setiap kali menteri pendidikan@pelajaran berubah...maka kami percaya akan berubahlah bnyak perkara demi nak jadi gah sang vvip yg naik takhta tertinggi dlm kementerian.
    Bln sempat nak serasi dah berubah dan terus berubah....tak heran ramai guru jatuh sakit dan mgidap sakit mental.
    Seorg professor dari britain turut mengulas kecelaruan sistem pendidikan negara kita yg sentiasa berubah hingga mengganggu sasaran guru.
    Mmg kami tertekan dgn situasi perubahan bagai taufan membadai pantai.
    Dulu tak ada sejarah...skrg dah ada pulak....
    Apa yg diperkatakan tidak melibatkan fhman politik cuma teguran pada sang vvip yg berebut2 nak dianggap gah dlm 'memartabatkan' sistem pendidikan alias pelajaran hingga guru dan mrd jadi bengong!!!

    ReplyDelete
  5. Meskipun kami tak tau apa yg dialami oleh cikgu-cikgi yg pernah dan sedang mengajar dr dulu sampailah la ni, tp sbg seorg yg pernah jadi pelajar di sekolah semenjak dua dekad lepas, tak payah nk ambik pusing pasai nama kementerian dia, tengok nama subjek yg cikgu BM tulih kt bahagian tengah atas papan hijau tu pun dah naik pening dibuatnya. Sat2 Bahasa Malaysia, esok lusa tukaq pi Bahasa Melayu, paihtu patah balik pulak, dok asyik pi mai pi mai tang tu tak ke mana. Lepaih tu bila adik2 mai mintak tunjuk ajaq, kami pun terang la lagu mana cikgu kami explain, alih2 depa kata balik kami ajaq ajaran sesat, pasai syllabus dah tukaq la pulak rupa2nya.....

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH