Tuesday, November 12, 2013

Misi KP1M Bantu Mangsa Taufan Haiyan Berlepas Esok!



Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar misi kemanusiaan ke selatan Filipina, esok bagi membantu mangsa taufan Haiyan yang melanda beberapa wilayah di negara itu, Jumaat lalu.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi Ke-34 yang dikendalikan KP1M itu akan berlepas kira-kira jam 11 pagi dengan membawa bantuan sebanyak 14 tan dan disertai 38 sukarelawan termasuk petugas media.

Bantuan yang meliputi makanan, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi itu akan dihantar menaiki pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Azeez yang akan mengetuai misi itu, berkata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Datuk Bandar Cebu akan menguruskan perjalanan misi KP1M yang dijangka pulang ke tanah air pada 17 November nanti.

Tegasnya, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman pula akan bertindak sebagai ketua pasukan perubatan dan misi bantuan akan bergerak ke Tacloban, wilayah yang paling terjejas akibat taufan Haiyan yang terletak kira-kira 241 KM dari Cebu.

Beliau berkata lagi, dianggarkan seramai 800,000 penduduk di 39 kawasan wilayah telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang ditetapkan oleh kerajaan Filipina.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju meluluskan misi bantuan kemanusiaan ke selatan Filipina bagi membantu mangsa taufan itu yang setakat ini sudah mengorbankan kira-kira 10,000 nyawa dan menyebabkan hampir 100,000 rakyatnya hilang tempat tinggal.

“Syarikat tambang murah Air Asia sudi menaja penerbangan misi KP1M ke Filipina di mana kita akan membawa peserta misi kemanusiaan dan bekalan ubat-ubatan seberat tiga tan menggunakan pesawat Airbus A320.

“Misi kali akan disertai 11 doktor, 15 petugas media dan 12 sukarelawan KP1M yang akan bergerak ke empat wilayah yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan iaitu Cebu, Tachloban, Iloilo dan Tagbilaran,” katanya lagi.

Abdul Azeez menambah, dianggarkan 5,000 keluarga bakal menerima bantuan yang disalurkan menerusi misi terbabit dan pihaknya juga akan membeli barangan keperluan asas di sana sekiranya perlu kelak.

“Misi menyalurkan bantuan dijangka bermula pada Khamis dan peserta misi dijangka pulang ke tanahair pada Ahad nanti,” jelasnya.

16 comments:

  1. setakat ini aku tgk KP1M di bawah kepimpinan azeez ini mmg yg terbaik sekali kerana apa saja bencana alam yg dialami oleh mana2 negara azeez inilah org pertama yg akan turun padang hulurkan bantuan kemanusian. barulah negara yg mengalami bencana itu tahu hormat dan sanjung negara kita dgn bantuan yg dihulurkan oleh kita. azeez ini mmg bagus dgn niat yg murni utk pergi menhantar bantuan ke filipina dlm misi bantuan kemanusian.

    ReplyDelete
  2. KP1M mmg yg terbaik di bawah kepimpinan azeez ini kerana sentiasa memikirkan tentang bantuan kemanusian. aku mmg respect gila dgn azeez ini dan harap ramai lagi pemimpin yg akan mencontohi beliau hendaknya...

    ReplyDelete
  3. inilah contoh peminpin seperti azeez yg harus dicontohi sikapnya yg murni dan ikhlas oleh semua golongan manusia kerana azeez bersama KP1M tidak pernah kira bangsa atau agama dlm misi bantuan kemanusian.

    ReplyDelete
  4. AZEEZ MMG YG TERBAIKLAH WALAUPUN SIBUK DGN JAWATAN BARUNYA SEBAGAI PENGERUSI TABUNG HAJI TAPI DIA TETAP ADAKAN MASA UTK KP1M DEMI PERIKEMANUSIAN YG INGIN TURUT SERTA BERSAMA KUMPULANNYA ITU DLM MISI BANTUAN KEMANUSIAN. SIAPA YG SUKA DOK HINA AZEEZ BUKA MATA BESAR2 TGK APA YG AZEEZ MAMPU LAKUKAN DEMI MEMBANTU MANGSA TAUFAN DI FILIFINA ITU. BAGI AKU AZEEZ INI BENAR2 MEMPUNYAI JIWA RAKYAT DAN SENTIASA IKHLAS DLM MENGHULURKAN BANTUAN KEMANUSIAN KEPADA SESIAPA SAJA...

    ReplyDelete
  5. terbaek la azeez.... wa mmg respek sama lu.... hopefullly ahlul2 politikus ygain pun akan dapat mengikut jejak langkah azeez nie walaupun x secara langsung....

    ReplyDelete
  6. setakat ini aku tgk KP1M di bawah kepimpinan azeez ini mmg yg terbaik sekali kerana apa saja bencana alam yg dialami oleh mana2 negara sahaja dorang boley bertindak dengan cepat, bijak dan efektif....dan nie juga membantu membaik pulih hubungan antara malaysa dan filipina yg tegang dahulu sebabkan peristiwa di sabah...apa yg azeez lakukan memang bijak dan betol

    ReplyDelete
  7. Buat kerja di peringkat antarabangsa kena ikut prosedur antarabangsa . . .

    ReplyDelete
  8. ini lah sikap azeez d mana negara atau rakyat yg menimpa kesusahan azeez rahim lah orng pertama yg akan membantu.....d mana para pemimpin2 pakatan harami??????mereka smua hanya tahu membuat fitnah,aku tengok tidak ada seorang pun para pemimpin2 pakatan harami yg mengikuti misi kemanusiaan ke filipina nie d sini lah kita smua boleh menilai yg mana pemimpin palsu dan yg mana pemimpin yg tulen.,.... bg aku azeez rahim seorang manusia yg berhati mulia...

    ReplyDelete
  9. MASUKKKKKKKKKKKKK AKU BOLIH BUAT BUKAN DUIT BPK AKU ,
    NK TOLONG PNGIL PRESS TLG APA MANGKUK NI

    ReplyDelete
  10. Macam tak ada orang lain ke nak lead the team. Kena ke Azeez pergi? Udah-udah propaganda and promo diri sendiri. Airasia memang baik sangat nak sponsor flight. Azeez tu pandai guna timbal balik flight percuma dengan flight charter haji. Ingat betul2 free ke Airasia....ada kelingking berkait tu.
    Lastly, ramai dah naik mual dengan promo keterlaluan si Azeez. Mual juga dengan coverage ke atas Hishamuddin keris lembik yang asyik dengan statement retorik famous kaji itu, kaji sana.....dengar lah baru-baru ni, escom, aes, xpire 12 tahun kenderaan....KAJI-KAJI-KAJI. Tak ada substance betul menteri keris.

    ReplyDelete
  11. org pakatan bkn sebar fitnah. cb tegur apa yg patut. xkn nk biar jea puak2 kerajaan bt sesuka hati mak bapak mrk. ini bkn negara milik kamu sorang jea... ptuiii

    ReplyDelete
  12. kami nk tegur kerajaan jea. takut diorg bt negara nie mcm mak bapak korang punya...

    ReplyDelete
  13. salam...mohon pautkan blog kecik saya dsini :)

    http://daengselili.blogspot.com/

    blog tuan cili dah dicilikan disana....

    ReplyDelete
  14. Apasal re-cycle lagi cerita ini? Nak naik kan popularity ker? Boring betul.

    ReplyDelete
  15. pada aku mmg bodoh semua team yg pergi nak tolong ni...buat perabih duit rakyat...bodoh bengong bangang semua yg pergi ni...ada negara lain tolong kita bila negara kita kena musibah? tak pernah aku dengar....hello geng...kat negara kita ni masih banyak rakyat yg susah...yg anak sakit...yg lumpuh...yg tak ada rumah...yg tak ada air bersih...dan berbagai lagi...knp korang tak tolong...kuman seberang laut korang nampak gajah dpn mata korang buat tak peduli...negara yg korang nak pergi tolong tu negara yg pandang hina pada org islam....belajar dulu agama bg habis...baru lah nak buat kebajikan ke apa ke...mmg aku tak setuju...semua gila pangkat...gila nama...podahhhhhh

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH