Tuesday, July 2, 2013

Tahniah Datuk Azeez! Pengerusi Baru Tabung Haji!


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.

Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

"Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.

Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

"Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya.

Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

-Bernama

6 comments:

  1. Tahniah Azeez.Jgn lupa selitkan nama wa sekali nk pi Makkah nanti.tq

    ReplyDelete
  2. Tapi nama CEO TH Ismee dan Haji Adi Azuan banyak menimbulkan persoalan...

    ReplyDelete
  3. hahahaha...lawak2, mangkuk mcm ni pun PM leh lantik, mcm tak der tokoh ln yg lebih layak...lingkup la TH, kepala lanun yang ada kat TH akan senyum lagi lebar coz rakan sejenayah dah rasmi masuk TH, tahniah la PM dan kak mah, lg banyak duit rakyat boleh kamu songlap yer....mmmg kerajaan sial...

    ReplyDelete
  4. Azeez ni lebih mulia dari Nik Ajiz, lebih baik dari Mat Sabu, lebih kredible dari Hadi Awang. Nak harapkan orang PAS jaga Tabung Haji. setakat kepiah lusuh janggut sejemmput berniaga Kohilal pun rugi memanjang...orang PAS main dam haji kat kedai kopi memanjang bolehla...alahai.

    ReplyDelete
  5. Orang Pas ni tabung Memali pun tak boleh jaga, tu tabung lahat Datu...apa cerita...senyap aje..

    ReplyDelete
  6. patutnya mat sabu jaga th,

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH