Monday, April 8, 2013

Panas! Hadi Benarkan DAP Guna Lambang PAS?!


Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) meskipun menimbulkan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

“Kita bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena pelancaran manifesto PRU-13 pakatan pembangkang khusus untuk negeri ini di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di Alor Setar, malam tadi.

Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP ekoran kesilapan pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut menimbulkan keresahan ahli Pas di peringkat akar umbi malah bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha secara tegas menyatakan ahli-ahli parti akan menghukum parti itu pada PRU-13 jika benar keadaan tersebut berlaku.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut bersuara dalam isu berkenaan dengan meminta Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pengumuman secara terbuka supaya semua ahli Pas tahu pendirian mereka terhadap tiga perkara utama yang menjadi dasar perjuangan Pas sebelum meneruskan hasrat menggunakan lambang parti tersebut,

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyifatkan Nasharudin sebagai seorang ahli Pas biasa yang tidak mengikuti perkembangan mengenai isu penggunaan lambang parti tersebut oleh DAP.

“Dia lama tidak hadir mesyuarat, tidak ikut perkembangan. Kita anggap beliau seorang ahli biasa yang tidak ikut perkembangan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi dilihat cuba memanipulasi mengenai peribahasa Inggeris better the devil you know than the angel you don’t yang digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tulisannya bagi memberikan hujah dan mewajarkan tindakan Pas bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Sedangkan maksud sebenar pepatah itu ialah lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali.

Kata Abdul Hadi, lebih baik Pas berkerjasama dengan orang bukan Islam yang dikenali daripada bekerjasama dengan syaitan yang dikenali.

Ditanya kemudiannya apakah ‘syaitan’ yang disebutnya itu merujuk kepada UMNO, Abdul Hadi berkata, soalan itu perlu ditujukan kepada Dr. Mahathir dengan mendakwa kononnya beliau hanya mengulangi ‘amanat’ bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Presiden Pas berkenaan berkata, Pas tidak bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO tidak setia dalam persefahaman mereka ekoran pengalaman dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan pada tahun 70-an.

Kata beliau, pernah suatu ketika Kelantan ‘dirampas’ secara pengisytiharan darurat selepas berlaku hura-hara di negeri berkenaan yang didakwa beliau ‘dilakonkan’ oleh kumpulan tertentu.

“Ini sejarah yang kita sedar, maka kita lebih baik kita berkawan dengan orang bukan Islam yang kita kenal daripada syaitan kita kenal juga,” katanya.

Beliau juga menuduh UMNO yang menerajui BN dalam pentadbiran Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Baik dengan UMNO ini, pikul biawak hidup. Baik kita buat pakatan selesaikan dengan cara kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi mendakwa, pakatan pembangkang telah memuktamadkan 99 peratus senarai calon yang akan bertanding pada PRU-13.

Sumber

11 comments:

  1. DENGAN DAP IN THE SPIRIT OF BROTHERHOOD.

    DENGAN PKR IN THE SPIRIT OF LIWATHOOD.

    DENGAN UMNO IN THE SPIRIT OF KAFIRHOOD.

    ITULAH PAS......STUPID STUPID STUPID.

    ReplyDelete
  2. dia kata pas bersefahaman dengan dap? dalam menghancurkan melayu?? dalam byk2 musuh, musuh dalam selimut paling bahaya dan musuh dalam selimut kita adalah orang melayu pas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu mcm pas ni mudah sgt dipergunakan..konon atas dasar brotherhood..dia ingat lepas ni cina kapir tu akan "brotherhood" dgn dia!

      Delete
  3. Sesiapa saja yang mampu berfikir secara waras sudah boleh mengetahui sejauh mana perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS. Malah, anak-anak pun kecil boleh bertanya "Tak berdosa ke dia cakap orang kafir?". Secara amnya saya rasa tak salah kalau kita katakan PAS boleh digolongkan dalam golongan penyebar ajaran sesat. PAS sekarang sudah saling tak tumpah seperti Al-Arqam pada satu ketika dahulu. Al-Arqam telah pun dibubarkan, PAS pulak bila lagi Majlis Agama nak ambik tindakan??

    http://mycybertrooper.net.ms/

    ReplyDelete
  4. PAS bukan tuhan.. jatuhkan hukum sewenang2nya, inilah yg akan mengelirukan umat Islam.. tapi mengapa DAP tak nak gunakan lambang PKR? takut kena liwat ke??/ he3

    ReplyDelete
  5. UNTUNG BESAR PENGIKUT DAN PENGANUT PAS.
    NAK PAHALA JUMPA NIK AZIZ.
    NAK SYURGA JUMPA NIK AZIZ.
    YANG WARAS PEMIKIRAN NYA FIKIR FIKIR LAH.
    APAKAH INI AJARAN ISLAM YANG KITA BELAJAR DARI KELASS TADIKA LAGI.
    JAUHILAH ORANGYANG SESAT LAGI MENYESATKAN.
    PAS ITU ADALAH PARTI AJARAN SESAT.

    ReplyDelete
  6. hurm melayu owh melayu..bla la nk bersatu..

    ReplyDelete
  7. Kalau agama boleh digadaikan inikan pula setakat lambang..no hallah....

    ReplyDelete
  8. Itulah jadinya kalau dah nyanyok mengigau nak jadi pemimpin. Akidah tolak ketepi. Kalau ada anak perempuan diliwat orang pon tak kisah. Nasib baik isterinya dah menopos dan taik ajis dah nak mampus...

    ReplyDelete
  9. KALIMAH ALLAH PUN PAS BENARKAN DAP GUNA..APALAH KEJADAH SGT DGN LAMBANG PAS TU...BODOH TAHAP APA KAH PUAK2 PAS NI..?

    ReplyDelete
  10. kalimah Allah share, lambang PAS share... bini boleh share????

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH