Wednesday, August 29, 2012

Rosmah dapat penganugerahan Selempang Tun Teja?!





















Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mendapat penganugerahan Selempang Tun Teja oleh Pertubuhan Seni Silat Gayung Helang Putih Malaysia.

Anugerah itu adalah yang pertama kali dikurniakan dan juga merupakan satu pengiktirafan terulung dari pertubuhan itu.

Berdasarkan keprihatinan Rosmah dalam memperjuangkan martabat kaum wanita dan menjaga keperibadian mulia merupakan antara faktor penyebab beliau dipilih sebagai penerima anugerah terbabit.

Rosmah, dalam ucapannya di majlis itu memberitahu anugerah itu dianggap sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau dalam memartabatkan kaum wanita selain membangunkan pendidikan awal kanak-kanak.

“Sejak dahulu lagi, ilmu persilatan diamalkan dan dilatih bukan sahaja dikalangan pahlawan melayu yang gagah perkasa malahan juga dikalangan pahlawan melayu yang cantik jelita.

“Justeru saya menganggap bahawa pemilihan nama Tun Teja bagi penganugerahan pada hari ini adalah bersempena dengan penglibatan beliau di bidang persilatan.

“Anugerah ini menjadi simbolik bahawa kaum wanita berupaya memainkan peranan yang tidak kurang di dalam sesebuah organisasi mahupun negara,” katanya.

Rosmah yang juga Penaung Kehormat pertubuhan terbabit turut mengharapkan bahawa pengiktirafan itu dapat menyemarakkan lagi semangat keperwiraan di hati rakyat Malaysia terutama dikalangan kaum wanita.

Malah katanya, dengan wujudnya anugerah seperti itu penglibatan kaum wanita dalam seni pertahankan diri dapat ditingkatkan dan sekaligus membawa seni dan budaya tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Sumber : Perak Today 

Cili Padi: Tahniah Datin Seri Rosmah! Teruskan usahamu perjuangankan martabat kaum wanita dan membangunkan pendidikan awal kanak-kanak!




No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH