Friday, August 17, 2012

PAS Perlu Lebih Terbuka Hadapi Isu Umat Islam



MUAR, 17 Ogos - Pucuk pimpinan PAS diminta mengamalkan dasar politik yang lebih terbuka apabila berhadapan dengan permasalahan atau manfaat umat Islam di negara ini mahupun sejagat.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata jika bangsa lain di negara ini boleh duduk semeja berbincang apabila ada sesuatu isu berkaitan kepentingan mereka, beliau hairan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh PAS.

"Kenapa PAS dan Umno tidak boleh duduk semeja untuk bincangkan isu-isu berkaitan umat Islam, teruk sangat ke Umno ni. Apa salahnya kita duduk semeja dan keluarkan kenyataan bersama tentang Palestin contohnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu 18, Air Hitam di sini semalam.

Ahmad Maslan mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa ulama di Makkah sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Apabila Ustaz Nasha kelihatan duduk di sebelah Perdana Menteri semasa pertemuan itu beliau dihentam kononnya nak masuk Umno.

"Sedangkan beliau hadir ke sana adalah untuk menemukan Perdana Menteri dengan kepimpinan ulama di Makkah untuk membincangkan mengenai nasib masyarakat Islam dan Rohingya yang ditindas," katanya.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH