Pages

Thursday, June 20, 2013

Wa Dah Kembali - Artikel Khas Untuk orang-orang UMNO seluruh negara, bacalah kalau BERANI

Kepada der-der semua wa nak share satu email yang agak panas sikit. Sorry la der-der dari UMNO semua, wa setuju dengan isi kandung email ni. Lu orang baca, ini budak berani kasi nama dia masa hantar email sama kawan wa..wa respek sama lu der...

WAHAI UMNO...

Sedia maklum bahawa Malaysia telah melalui suatu frasa atau proses demokrasi iaitu PRU-13 yang menyaksikan UMNO menambah kerusinya daripada 79 kepada 88,jumlah yang hampir menyamai kerusi yang dimenangi PR yang merangkumi tiga parti komponen.Namun,fakta pahit yang lebih serius adalah kerusi Barisan Nasional(BN) turun daripada 140 kepada 133 dan majoriti dua per tiga dinafikan buat kali kedua berturut-turut di samping polarisasi kaum yang makin ketara.Justeru janganlah mendabik dada terlalu lama dengan peningkatan kerusi itu kerana makin berat tanggungjawab UMNO BN sebenarnya untuk membetulkan perkara ini.

Dato’ Seri Najib tidak dinafikan banyak inisiatifnya untuk meringankan beban rakyat namun keputusan PRU lalu menunjukkan ia bukan itu sahaja.Ini bukan zaman 40 50 tahun dulu.Rakyat Malaysia sebenarnya baru saja hidup dalam kecelikan politik dan pentadbiran negara terutamanya dalam golongan muda.

Jadi pemimpin haruslah bergerak seiring dengan kecelikan ini walaupun kepandaian mereka jauh berbeza.Sebagai contoh,tidak perlulah mempromosi ETP,GTP,NKRA dan sebagainya secara berlebihan kerana bukan ini yang rakyat mahu teliti,biarlah rakyat rasa nikmatnya saja nanti.

Mereka akan melihat pelbagai isu kecil yang masih gagal diselesaikan.Isu yang dekat di hati rakyat adalah rasuah,pendidikan,keselamatan,jenayah,infrastuktur dan sebagainya.Ini tidak diberi pendekatan yang betul oleh UMNO BN.

Saya akui terdapat usaha pemimpin kerajaan untuk mendekati rakyat terutama dari segi media sosial namun jujur untuk dikatakan banyak orang kerajaan sendiri yang menggagalkan perkara ini dan paling saya tersentak adalah dengan peringatan keras dua tokoh politik negara,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang saya kira tidaklah terlalu meraikan peningkatan kerusi UMNO dan pengekalan kuasa BN.

Mereka melihat bahaya yang lebih besar.Mereka melihat politik dalam UMNO itu sendiri yang lemah walaupun sudah berkali-kali diberi peringatan untuk bersatu dan berkhidmat.Tun Daim mengkritik keputusan-keputusan populis kerajaan dengan panjang lebar manakala Tun Dr Mahathir membidas prinsip perjuangan UMNO itu sendiri terutama di peringkat akar umbi.

Beliau berkata kalau UMNO tidak berubah maka UMNO akan terkubur jua.Peringatan kedua-dua tokoh ini sebenarnya wajib diberi perhatian kalau UMNO mahu terus survive dalam landskap politik baru ini kerana mereka sudah masak dan boleh jangka selok-belok politik melalui kebijaksanaan dan pengalaman mereka..Sayang seribu sayang biasanya peringatan tokoh-tokoh seperti ini selalu tidak diendah termasuk oleh Perdana Menteri sendiri.

Kini mahu national reconcilian pula yang secara prinsipnya dipersetujui.Namun sebenarnya agenda rekonsiliasi itu patut bermula dalam UMNO dahulu dan dikorek hingga ke bawah untuk membetulkan segala-galanya ! Carilah sebab kenapa orang Melayu terutama generasi muda merasa jauh dengan UMNO dan ubahlah.Carilah sebab mengapa orang Cina masih enggan undi BN walaupun ramai pimpinan kerajaan sudah menjadi Cina “celup” untuk memuaskan hati mereka.

Tariklah anak-anak muda dan mahasiswa untuk berwacana,sediakanlah platform akademik sebanyak-banyaknya sebagai audition untuk mencungkil bakat mereka dan tapislah mereka yang berbakat untuk ditarik berjuang bersama dalam UMNO.Bagilah mereka harapan,tempat sekali gus keyakinan untuk menyumbang kepada UMNO.Bukan setakat “kalau mahu masuk UMNO isilah borang” sebaliknya promosikanlah “Jika anda rasa berbakat,sertailah UMNO!”.

Selain itu,banyakkanlah turun padang untuk mengajak yang layak mengundi untuk daftar.Sediakanlah sebanyak-banyak pondok sekerap-kerapnya untuk mereka mendaftar.Berilah penerangan tentang manfaat mengundi dalam program-program yang melibatkan mereka.Seterusnya Dato’ Seri Najib yang kredibiliti penasihat-penasihatnya menjadi pertikaian sepatutnya hentikanlah mempromosi populariti peribadi beliau secara keterlaluan menggunakan segala saluran.

Rakyat menyampah,termasuk penyokong BN.Berhentilah membuat kenyataan-kenyataan dan keputusan populis demi undi kerana kita sudah tahu undi tidak dapat pun,sebaliknya jadilah seorang realis dan biar rakyat rasai manfaat realis itu kelak dan serahkan kepada mereka.Masalah-masalah ini patut diselesaikan seiring dengan pemikiran rakyat.

Kita sudah diberi peluang sekali lagi,takut-takut kalau inilah peluang terakhir kerana PRU 14 nanti kebangkitan pengundi yang lahir tahun 90-an akan mengundi.Kita risau kalau mereka ini enggan mengundi UMNO BN kerana mereka tidak nampak sebab yang konkrit.Mereka tidak nampak UMNO sebagai sahabat Melayu-Islam sebaliknya melihat UMNO adalah parti elitis dan bangsawan tua.Ya itu persepsi umum tapi cubalah ubah kerana ia demi masa depan UMNO dan Malaysia !

Perkara sebegini bukan saja patut dilakukan oleh UMNO,tetapi juga parti-parti komponen lain bahkan mereka sepatutnya lebih serius lagi.Perkara sebeginilah yang diperlukan UMNO BN supaya kekal relevan dan sebagai pilihan sepanjang zaman.Wahai UMNO BN,ubahlah !

HAFIZUDDIN AMIR BIN DATO’ HASIM

PELAJAR UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,BANGI.

58 comments:

  1. Salam.sungguh bernas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sy sokong..mula2 bernas sehingga saya turut meneliti hingga ke tengah pembacaan tetapi klimaksnya tidak smpi kerana yg sebenarnya bukan dari generasi pengundi yg lahir pada 90an..pada tahun 1970an lg pun dah trouble..nmpk sgt penulis e-mel masih belum matang sepenuhnya w/pun blajar undang2.Penekanan harus diberikan PM bermula pada generasi yg lahir pada 1976/77 iaitu ia beriringan konteks perkembangan & percambahan kepimpinan anak muda yg bru nk berkecimpung tetapi terpaksa mengadap isu anwar ibrahim pada 1998.Dasar defensif politik dan offensif dlm politik sgt menguasai keputusan hidup.

      Delete
    2. Pada waktu itu sebarang keputusan kerajaan sangat-sangat individualistik dan berkepentingan mengenai apa pun yg terjadi,mesti diteruskan di sebalik kekaburan halatuju serta maruah.Prisma masyarakat terbentuk terbahagi kepada 3 bahagian yg berkilauan cahaya tetapi kekeliruan dari pandangan tepat apabila sesuatu pelan kemajuan tdk dpt mencapai objektif akar umbi di sebalik demand-demand yg wujud.Ini memberikan politik sbg wajar dimanipulasi di pengakhiran.Masyarakat tdk merungkai aspek ilmu disebabkan tekanan melampau serta cita-cita besar memaksa rakyat melupakan generasi anak2 muda yg cerdik dari tahun kelahiran 1976/1977 sepatutnya mereka mula berkecimpung dlm arena kepimpinan..tetapi digagalkan dari universiti,disukarkan kehidupan kerana isunya anwar.Kami bukan anwar..sbb ape kami kena mcm anwar? Anwar pon ok juga jd ketua pembangkang.Kami nk mkn ape klu kami disukarkan kehidupan?Sebabnya dari dasar peralihan politik yg terarah terlalu defensif,terlalu offensif dan terlalu bersifat perwarisan yg menguasai semua aspek.Wahai Dato' Najib..inilah puncanya ia berkaitan anak muda dari tahun kelahiran 1976/77(yg paling buruk terima kesan) generasi kelahiran 80an..sehingga 90an..ia akan ok semula..tp yg itu anak seorg dato..spt penulis emel di atas.Tentulah beliau boleh lagi berbahagia kerana ayahnya yg berhormat.Kalau ayah tidak yg berhormat? Renung2kan dan fikir2kan.Tak perlu beramaldgn kata2 ni.Cuma cukuplah beri highlight.itu pon ok Alhamdulillah.

      Delete
    3. DSN..politik di manipulasikan dari mula lg..bukan di pengakhiran..maafkan saya.t/kasih.

      Delete
    4. Org2 tua pada hari ini dilihat kegusaran dan terlalu byk berfikir selepas PRU.Mereka dilihat mengekalkan konsep penghadan pada org bujang bg sebahagian yg dikira tidak arif.Sebenarnya mereka sgt ketinggalan sepusingan perjalanan & pengorbanan dari generasi muda pd hari ini mlh PM di dlm kelas terbaik juga sgt2 ketinggalan.Jika dilihat pada selepas PRU 13 di mana kerajaan tidak mencapai 2/3 majoriti undi anak2 muda dilihat berada dlm keriangan kerana berkubahkan konteks ilmu w/pun masih sukar mlh majoritinya tidak mewah brbnding generasi tua.Mereka dilihat seakan-akan tidak dpt menerima hakikat.Pada Tun Mahathir.Ini asalnya dari salah Tun.Klu nk gaduh pon dgn Anwar..Cepat2lah settle kekaburan demand rakyat serta halatuju, kemudian ia dilihat berkait pula pada zaman Paklah,dan PM yg tak mengerti apa2..DSN.Anwar jadi pemimpin pembangkang Tun..Kami anak2 muda bukan Anwar ! Kenape hidup kami disukarkan? Anak-anak muda cerdik pd kelahiran 1976/77.Ini mulanya Tun!.Sekarang generasi tua ketinggalan untuk beberapa tahun di belakang kami.Lebih kurang 17 tahun.

      Delete
    5. Sy pun student yg difailedkan gak dulu.Pusanika UKM kawasan permainan sy.Sungai yg mengalir di antara Fakulti Bahasa dan Perpustakaan Tun Sri Lanang adalah tempat saya mencuci kaki.Kejernihannya ibarat sungai sejernih kaca.Saya cuma cerdik tp sy kurang disiplin.Tapi saya tak merosakkan diri kerana kegagalan.Best cari ilmu w/pun informal.Sekarang kerajaan jauh ketinggalan berbanding hak dan demand rakyat.Org-org tua perlu bekerja keras kerana kesilapan,salahtafsir.

      Delete
    6. ORG2 TUA PERLU TERIMA HAKIKAT..jgn tak terima hakikat spt skrg ni..fikir2 watpe? kasi bikin fenin je lagi..org2 tua perlu berusaha keras demi fitrah perjalanan politik dan garispanduan hidup.Fikirkan ilmu.Didiklah org agar kita pun turut terdidik..dan jd bekalan sebelum hembus nafas akhir.Jgn sbb kita nk masuk tv dan kluar radio baru kita nk ajar/didik org dgn kebolehan kita ada.Atau jgn org tua fikir sbb dah tua maka tak perlu mengajar,buat apa atau ego yg menuju jahil.Cari ego yg menuju ilmu kerana ia membuahkan sayang dan meningkat kemenarikan minat.2/3 bukan sekadar majoriti..2/3 tanggungjawab dan tuntutan dipenuhi sebab tidak kekaburan,maka pemimpin senang tackle masalah.

      Delete
    7. Yarfae lla hul lazi naamanu min kum walazi nautul ilma darojat..Ilmu memimpin hidup..ilmu pelita kehidupan.."cakap senang,nk amalkan susah atau jrg skali.".buat ape nk difikirkan kerana semua niat,semua usaha turut menyumbang pada yg baik di kira sgt baik.' Allah mengngkat darjat org berilmu di antara kamu dan dinaikkan bberapa darjat'.Inilah kunci atau topiknya yg perlu diberi perhatian dan bukan budaya ampu,budaya fitnah,budaya kronisme bg saya zaman tu sepatutnya tiada dlm kamus kepimpinan umno.

      Delete
    8. Mcmne tak kronisme..zaman tuanku abdul rahman lg dah begitu..haduh...rosakkk..rosakkk.hari ni punya pentadbiran disbb legasi dan nilai harta yg di'rolling'. PATUT PUN BALIK BALIK DIA DAPAT..BALIK BALIK DIA..SBB DAH DIA BERKELAYAKAN,DAH DIA YG ADA DUIT/HARTA BOLEH ROLLING..MMGLAH KERAJAAN BG KEPERCAYAAN LG PADA DIA..tapi ubahlah..blajar2 lah ubah..PM..blajar2lah ubah keadaan ini.

      Delete
    9. SOKONGLAH UMNO KERANA PADA ANGGAPAN SY, PM TELAH FAHAM & MENGIKUTI.TAPI SOAL PeLAKSANAAN YG AKAN PM JLNKAN ..(saya masih undi PAS) KERANA TERLALU JAUH KETINGGALAN UNTUK TACKLE MASALAH..17 tahun ketinggalan..to be packed dlm 1 atau 2 tahun to be solved..mau nya dgn keadaan ini, PM DSN akan pecah kepala memikirkan..pegawai2 tinggi akan jd bodoh dan pakai skirt..Tapi x mengapa, sejuk sikit hati..sbb fitnah kami disisi masyarakat semakin susut w/pun kesedrhanaan mewah takde lg.Sikitlah..sy bg credit pd UMNO..tp point pemulihan sgt jauh lg..progressed 2% skrg ni.Ade kira2 98% lg..

      Delete
    10. Sdra Hafizudin..GTP(Government Transformation Programme) merupakan perancangan kerajaan pasca Anwar.Program ini diwujudkan bagi meneruskan halatuju rakyat dan kerajaan selepas Anwar dijatuhkan.Sayangnya,apabila program tersebut diideakan oleh seorang profesional berbangsa India kepada Tun Mahathir setelah terdapat kekaburan halatuju dan Tun M telah menerimanya.GTP pada dasarnya adalah laluan yang sama dan faedah yg sama serta dipertingkatkan.Tetapi ia adalah program yang hanya meliputi 'faktor perwarisan' dan bukan lagi meritokrasi kerana kerana sistem ini telah pun ' biase'. Jika kumpulan masyarakat terdidik dikenakan sistem meritokrasi, ia memberi kesan kepada anak2 desa yg bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat apa-apa kelebihan. Sudah tentu sistem meritokrasi tersebut menjadi tidak saksama berdasarkan faktor keterbukaan minda,exposure malah wang ringgit.Jika sistem meritokrasi tersebut telah dikawal oleh ramai yang terdidik dari golongan kaya,walaubagaimana penyesuaian pun,ia tetap tidak saksama.GTP ini lebih dipandang sebagai generasi dahulu yang mendapat faedah kerajaan hanyalah perwarisan secara langsung kepada anak-anak mereka.Pelan mengenai peningkatan ilmu tidak lg penting.Sesiapa yang telah menang dari perebutan hak pada dasar akan terus mewarisi walaupun tk perlu cerdik,tak perlu pandai.Hantar oversea ambil ijazah,beli ijazah.Tak perlu tapisan..utk jd pegawai tinggi hanya kerana legacy.Apa yang menyedihkan, GTP ini diutarakan dan diterima oleh Tun M dgn keadaan kekaburan.Profesional India tersebut telah menyarankan: Selepas Anwar, kita perlu pergi ke satu arah yang kita tidak tahu, bahawa dengan hasrat kita akan terjumpa jalan di hadapan!. INI ADALAH JALAN YG TIDAK DIBEKALKAN PANDUAN DAN MENGANIAYA RAKYAT DI DALAM BAIK.Tun sepatutnya perlu berhati2 dan berfikir akan rasionalnya kepimpinan generasi muda selepas Anwar.Kadang2 anak2 yang cerdik ini bukan Anwar,tetapi Tun telah menyekat melalui designed mistake yang tidak disengajakan.Bekas pemimpin yang baik akan lantas memerhati apakah implikasi kepada sistem masyarakat yang menyumbang kekuatan parti dan kekuatan kerajaan.Tetapi Tun didapati amat terlewat!

      *********************************
      (error)

      h yg sama
      diperoleh dan ditingkatkan

      Delete
    11. Hari ini di dlm newspaper tun kate perihal meritokrasi yg tidak saksama terhadap org2 yg tersekat di pertengahan jln,serta meritokrasi pada sudut pandangan anak2 susah..serta memberi contoh en mata2 jadi permata. YANG ENCIK MATA2 RAHMAN OK..TAPI TANG TUN M, DUK JADI PAKSI ORG LAIN BUAT APA LAGI??Jadi pusat graviti tuk org lain bertapak?sifu bg segala2 master sifu??.Beginila Tun...meritokrasi sebenarnya mmg tk pernah ada di peringkat berakhirnya zaman sekolah menengah..Tun pun pernah ckp melalui amalan demokrasi yg apabila kumpulan masyarakat itu jika majoritinya terdiri dari org2 yg jahat maka secara umumnya masyarakatnya jahat dan pimpinannya tak adil,saksama.Sama gak mcm meritokrasi halnya apabila intipatinya diterjemah melalui analogi ringkas.Soalnya kenapa Tun masih duduk santai tanpa membicarakan sebelum sy bicarakan di ruangan ini?Jadi Tun M bukan secerdik mana sampaikan individu lain tidak boleh langsung menyaingi.Jadi individu tuli yg menyokong Tun atas dasar yg tidak realistik mmg dari kalangan org yg tidak langsung bijak dan celik tetapi menyokong kuat umno/bn.Inilah aset BN yg ada.Beginilah..sy berpendapat bahawa Tun pun bukan bagus sgt dan sebenarnya tk layak jd leader advisor atau pakar rujuk politik sehingga sekarang.Sebenarnya pendpt dan olahan Tun..tidak terpecah semenjak dari awal tun menjadi pm.Idea lapok yg perlu pembaharuan dari implikasi kepada rakyat hari sepatutnya tun telah akur dan rasa amat bersalah dan mengharap pemulihan..tapi Tun masih tak sedar2 bahawa dgn seolah-olah menjadi paksi pada org lain, mengorbankan anak2 muda di bawah minda sedar Tun,seorang Tun yg gila barangkali..

      Delete
  2. Sokong penuh..pm patut dgr dan tahu ini semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa memilih winnable candidate dulu pun PM tak mahu dengar, ini kan pula pandangan budak yang tak habis belajar lagi.

      PM kena bagi priority kepada rakyat yang menyokong UMNO/BN. Pakatan Haram yang tak buat satu apa pun rakyat menyokong mereka.

      PM ni terlalu sibuk untuk menjadi juara rakyat tetapi tidak semua rakyat yang suka padanya. Kesian PM perasaan tak kena tempat.

      Delete
    2. Ya, pendapat orang muda harus didengar kerana mereka lebih tahu bagaimana cara Gen Y berfikir.

      Kita generasi Gen X haruslah berfikiran terbuka. Tapi dalam UMNO, yg duk pegang kerusi-kerusi tertinggi adalah dari Gen sebelum gen-x, jadi bayangkanlah betapa jauhnya jurang gaya pemikiran.

      Mungkin pemimpin Umno perlu rajin buat perbincangan meja bulat yg disertai bukan sahaja oleh budak muda Pro-Bn tp juga dr yg non-partisan.

      Bagi saya, pandangan yg non-partisan ni lah yg paling penting sebab mereka mampu memberi pandangan sebenar.

      Delete
  3. sye setuju dan sokong penuh..pandangan yg berani..tapi dah ada beberapa ahli UMNO yg bangkitkn perkara yg same sepeti ini...tapi xkemana..UMNO perlu ditransformasikan..bkn oleh pemimpin UMNO tapi oleh ahli2 UMNO akar umbi...spe berani?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya sokong pandangan pemuda ini.

    Inilah semangat yang diperlukan untuk anak-anak muda yang bakal memegang tampuk pemerintahan kan datang.

    Ingat orang UMNO jangan leka mengumpul kekayaan tapi lebihkan khidmat.

    Kebanyakan yang membusukkan UMNO adalah di akar UMBI bukannya di puncak sana.

    Yang dipuncak pulak jangan lupa pula menjengah yang dibawah janga leka denga kipas letrik yang berkipas 24 jam dengan menyampaikan yang palsu belaka.

    Janga buat rakyat menyampah.

    PRU 13 NI AKU TAK NGUDI SEBAB BERTUKAR ALAMAT DAN TAK SEMPAT?

    INSYAALAH KALAU PANJANG UMUR AKU AKAN PASTIKAN AKU GI UNDI.

    ReplyDelete
  5. Jika UMNO masih mahu mengikut dan menguna pakai nasihat 2 pemimpin tersebut iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Daim maknanya UMNO akan menuju kearah kehancuran. Cukup sudah apa yang Tun Mahathir lakukan pada UMNO. Dari menjadi seorang yang bergitu angkuh semasa dibawah kepemimpinan Tunku Abdul Rahman , seterusnya menjahanamkan UMNO dengan pengharaman oleh mahkamah, perpecahan kepada penubuhan parti SEMANGAT 46 oleh Tengku Razaligh dan penyinkiran Anuar Ibrahim dari UMNO sehingga UMNO hampir2 kehilangan kuasa memerintah negara. Seharusnya Mahathir dan Daim jangan sesekali mencampuri urusan dalaman UMNO. Biarkan Najib membuat apa yang difikirnya perlu bersama ahli2 MKT. Ini kerana agenda tersembunyi yang ada pada diri Dr Mahathir. Agenda yang tersebut ialah unutk menaikan anaknya Mukriz dalam pucuk kepimpinan UMNO dan seterusnya untuk menjadi Perdana Menteri. Ini semua adalah kerana ketamakan Dr Mahathir dalam menguasai ekonomi dan kuasa politik negara. Mungkin saya tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam dakwaan saya, namun hakikatnya saya boleh membaca akan permainan politik Mahathir. Kemuncak perpecahan melayu adalah bilamana Dr Mahathir menyinkir Anuar dari UMNO dan kerajaan. Dr Mahathir merasakan dengan membuat tuduhan salah laku dan kegiatan sex Anuar dimahkamah maka Anuar akan kehilangan penyokong dan pengikut. Takdir ALLAH SWT mengatasi akan kehendak hambanya. Anuar bertambah kuat dengan mendapat sokongan dari orang melayu malah dari kalangan bukan melayu. Anuar telah berjaya mengugat UMNO dalam 2 PRU. Apabila ini terjadi makan Tun merasakan tidak selamat bukan sahaja untuk diri Tun keluarga, malah kawan2 rapat Tun juga merasakan keadaan tidak selamat pada diri mereka. Maka itu mereka kawan2 Tun serta Tun sendiri terpaksa turun padang untuk memastikan kuasa politik negara berada terus dalam cengkaman orang yang Tun rasa boleh dipercayai dan boleh diperkotak katikan. Jika Tun sayang kepada UMNO, kenapa Tun sanggup meningalkan UMNO semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Tun melakukan bergitu hanya kerana Tun mahu memalukan Pak Lah dan mendesak agar Pak Lah melepaskan jawatan. Permainan Tun berjaya dan Pak Lah berundur. Setelah itu kenapa Tun tidak mengunakan platfor UMNO untuk berpolitik. Tun sanggup mengupah seorang yang Tun pernah lebel sebagai budak jahat iaitu Ibrahim Ali menubuhkan PERKASA. Asas penubuhan PERKASA ialah sebagai sebuaah NGO melayu. Namun PERKASA secara langgsung telah masuk kegelamggang politik sehingga dibenci oleh kaum cina dan india. Kebencian kedua dua kaum itu bukan sahaja kepada PERKASA malah kepada UMNO. Orang cina dan india menganggap PERKASA adalah sebahagian UMNO. Ini kerana pemimpin PERKASA dari ahli UMNO serta diri Tun sendiri seorang ahli UMNO. Tun mengunakan platfom PERKASA untuk menyerang mereka yang Tun tidak suka bukan sahaja meraka dipihak pembangkang malah mereka yang berada dalam UMNO sendiri. Cukup2 sudah apa yang Tun telah lakukan kepada orang melayu serta raja raja melayu. Raja sekarang tidak punyai apa2 kuasa oleh kerana tindak tanduk Tun dalam menyekat kebebasan dan menghadkan kuasa raja raja melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala butoh hang! Pak lah dan Anwar adalah penghancur negara Malaysia. Mujurlah ada Najib..hang cakap punya banyak yang aku nampak satu je, kau memang buta sejarah dan analisa kau ni elok diflush dalam jamban dengan kau-kau sekali ok?

      KALAU TAK KERANA TUN M, TAK KEMANA LA KITA BEB! AKAL ADA PAKAI, JANGAN FIKIR PAKAI LOBANG BONTOT KELAK JADI ANJING SAJA NASIB KAU

      Delete
    2. kepala butoh pak hang! bodoh nak mampus! ko ingat dr m suka2 nak pecat anwar? klu tidak kerana salahlaku seks luar tabiee aka main lubang jubur serta salah guna kuasa dr m akan pecat dia? ini lah manusia seperti anon bangang yang buta hati tidak melihat fakta kes! tulis berjela2 pun tak guna klu isi yilek!

      Delete
    3. Provokasi drp makhluk yg otak nya sudah kena kasi...

      Delete
    4. Ya betul, "Takdir ALLAH SWT mengatasi akan kehendak hambanya". Sebab itu la ANUar masih tak dapat jadi PM walau pun cuba menjatuhkan Tun Mahathir, Pak Lah dan sekarang Najib. Mungkin lepas ni (5 tahun atau 10 tahun lagi) bila Muhyidin jadi PM pun, ANUar masih ternanti2 peluang untuk jadi PM. Takdir Allah mengatasi niat jahat hamba2Nya yang munafik!

      Delete
    5. Jangan berbahasa terlalu bongkak dgn kuasa yg Ada pada Umno hari ini!

      Dengan kodrat Allah.... Sebelum pru14 pun UMNO BN boleh ranap jika masih ego tak sedar diri....

      Delete
    6. Kalu ore melayu soking nuar, bakpo kerusi umno bertamboh boh? Maknanya hok sokong nuar tu rama hok buke melayu & hok x kisah pasal skandal seks.....hehehe

      Delete
    7. hang pakai otak ke pakai kepala butuh? anwar disingkir oleh mahathir kerana takut kehilangan kuasa? hoi bahalol! anwar naik begitu cepat kerana kepercayaan mahathir la bodoh!!! selama itu anwar pandai bermuka2 dan menjadi sesumpah untuk menipu mahathir dan semua pemimpin umno. kuasa Allah tiada siapa yg mampu menghalang. akhirnya tembelang kejahanaman anwar terbongkar dan ...... tergolek doglah anwar. itu pasallah sampai sekarang anwar jadi setan kerana terkilan tak dpt jd pm. reti tak bodoh!!!!

      Delete
  6. Kita imbas kembali diera pemerintahan Pak Lah kalau tak silap 2004 BN menang besar dengan majoriti 2/3 dan hampir menumbangkan Pas di Kelantan. Jangan kita salahkan Tun Mahathir salahkan Daim kedua tokoh ini memberi nasihat bukan mencampuri urusan pentadbiran Najib. Diera paklah banyak kesilapan yang dilakukan paklah contohnya menaikan harga minyak terlalu tinggi diikuti dengan kenaikan harga barang rakyat dah mula merasa marah kepada paklah dan kerajaan akhirnya paklah meletak jawatan. Kenaikan harga minyak yang begitu ketara naik sehingga 100 peratus disinilah bermulanya rakyat mula memberi kerajaan akhirnya rakyat memberi isyarat tapi BN belum sedar dan ketika itu paklah melepaskan Anuar Ibrahim akhirnya pada PRU12 BN hilang 5 negeri. Najib mengambil alih pertadbiran dan berkerja keras untuk memulihkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN. Kesimpulannya Anuar dan pakatan tidak sekuat mana pun.

    ReplyDelete
  7. Kpd Anon12.43am dan semua. Saya rasa tak patut saudara menyingkap Individu2 yang telah memberikan jasanya kepada UMNO dan Negara Malaysia tercinta ini termasuk Anwar Ibrahim kalaulah ada jasanya dalam UMNO dulu. Itu sejarah yang tidak boleh dinafikan dan kejayaan Malaysia dimata dunia terserlah. Apa lagi yang kita hendak. Apa yang mustahak skrg adalah UMNO mesti dikembalikan kegemilangannya seperti datuk nenek kita dulu dikalangan Orang Melayu dan diterima oleh bangsa2 lain yang ada diMalaysia ini. Apa yang kita mahukan adalah membongkar dan meneliti masalah UMNO sekarang dan sama2 kita dokong dan buangkan masalah itu demi untuk UMNO dan Orang2 Melayu semuanya dan Negara ini juga. Apa yang baik untuk Melayu adalah baik untuk UMNO dan Negara. Rakyat yang menentukan.

    Saudara mengsyaki Tun Muhathir masih mempunyai agenda untuk menaikan anaknya. Bukan kah anaknya juga ahli UMNO? Kalau anaknya berada dilandasan UMNO dan Orang Melayu serta Ugama Islam yang betul, apa salahnya. Kita patut sokong dia sebagai ahli UMNO yang boleh menghidupkan dan menjayakan UMNO dan Orang Melayu dan Negara ini. Aku rela Mukriz menjadi Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim! Masalah UMNO yang ketara sekarang adalah pemimpinnya tidak tegas, terlalu memberi muka dan tidak memberi munafaat kepada UMNO atau Orang2 Melayu. Sehinggakan Orang Bukan Melayu diNegara ini telah menunjukan kurang hajar dan mahu menghapuskan Melayu. Yang sedihnya ada Orang Melayu mahu menghacurkan Melayu dan UMNO sendiri. Inilah masalahnya jika pemimpin kita memberi ruang dan peluang untuk Orang Bukan Melayu dan sesiapa saja termasuk Melayu sendiri melakukan perkara yang sewenang2nya tanpa batas dan merelakan politik yang mengikut perasaan dan persepsi mereka sebelah pehak sahaja.

    Mereka2 yang dari kalangan Orang Melayu bergelar 'silent majority' mahukan dikembalikan betul2 Pentadbiran Negara ini seperti termaktub dibawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang mana Ugama Islam, Bangsa Melayu, Institusi Raja2 kedudukan Bangsa2 asing semuanya tercatit didalamnya dan ia perlu ditanggung jawabkan kepada pemimpin yang mahukan Negara ini aman, harmoni, selamat dan berjaya dengan berlandaskan Perlembagaan dan Undang2 yang ada itu.

    Maka dengan itu timbulah hari ini perkara menghina Raja2 Melayu sebabnya mereka ingat Raja2 itu Melayu. Kita lihat banyak perbalahan politik yang tak tentu simpang sior dan yang pasti mahu menumbangkan Kerajaan yang dipimpin UMNO. Kita juga melihat penyebab utama perbezaan pendapat rakyat diNegara ini adalah disebabkan Sekolah Vernukular iaitu bukan sekolah satu aliran seperti yang tercatit diPerlembagaan. Kita juga melihat dimana tempangnya orang Meleyu kerana menerima hasutan Pemimpin yang berkepentingan untuk diri atau parti2 mereka. Inilah yang patut kita tumpukan. Yang paling sedih sekali kita telah melihat Ugama Islam telah dicemari yang mana ini amatlah serious. Ada juga kedengaran pelajar IPTA & IPTS yang tak tahu Perlembagaan Malaysia. Ini lah yang kita harapkan kepada Pemimpin2 yang dipilih ini untuk melaksanakan tanggong jawabnya menjadikan Malaysia ini sebagai Negara yang berpelambagaan disamping kamajuan ekonomi dan socialnya tercapai. Katakan lah apa juga transformasi, selagi UMNO dan Orang Melayu berbalah semuanya tak menjadi. Jadi semua Orang2 Melayu mestilah sama2 menjayakan UMNO untuk Bangsa dan Negara.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg hina raja, yg lemahkan bahasa melayu, yg gagalkan DEB n gadai hak bumiputera, yg persendakan syariat Allah tu... UMNO sendiri ..... sedar diri la skit macai2 asiobiah sekular umno oooiiiiiiiiiiiii ....

      Delete

    2. Orang mcm kau lah yang merosakan Orang Melayu. Tau kita ada kelemahan tapi asyik nak kutuk saja bukan nak membaikan keadaan. Melayu tak tau mengenang budi, kau lah orangnya.

      Delete
  8. Ketua-ketua UMNO tak suka orang nerilmu.

    Aku masa balik oversea dulu ada apply nak masuk UMNO. Tapi tak process pun sebab masa tu Ketua Pemuda UMNO kerja ketua kerani di sebuah bank. Jadi dia tak nak process sebab takut kedudukan tergugat.

    Sebab tu ramai yang sezaman dengan aku masuk PAS sebab mereka mengalu-alukan golongan berilmu dan profesional. Aku buat cara aku nak bantu orang melayu. Di ofis, aku lebihkan kongsi pengalaman aku dengan budak2 belayu berbanding orang lain. Alhamdulillah, kebanyakkan mereka dah jadi orang berjaya.

    Aku sentiasa mengundi UMNO tapi sekarang dah patah semangat sebab melihat kerenah ketua UMNO yang lebih sayangkan bangasa lain.

    Orang2 muda melayu sekarang ramai tak suka UMNIO sebab perangai ketua2 yang bertuhankan duit dan glamor. Mereka bukan masuk UMNO untuk berkhidmat.

    Sedihnya bangsa aku ni...


    ReplyDelete
    Replies
    1. ANON.1009

      KEBANYAKAN ketua-ketua bahagian umno (cemburu) bila ada pemohon baru yg mempunyaai kelulusan yg baik ingin mohon jadi ahli umno. disatu bahagian umno dimana borang permohonan menjadi ahli dicawangan telah dipendamkan sehingga (1) TAHUN tanpa sebarang jawapan: lulus / tidak permohonan. Begitu juga petugas dipejabat umno bahagian tidak mesra pelangan, aku yakin kerani yang bertugas munkin bergaji hari yag tidak ada skil dalam kerjaya. ini contoh kecil.

      PRU 13 aku tetap pilih calun umno, kerana bagiaku umno parti KERAMAT bangsa melayu. walau banyak rasa tak puas hati melihat kepercayaan bangsa melayu yg mengundi umno, namun bila umno berkuasa (SANGAT LEMAH MENYANGAH KEBIADABAN YG TERJADI DENGAN BERKESAN)

      UNDI aku dan keluarga tidak akan kepada PAS / PKR. kedua parti ini bagiaku langsung tidak membawa apa-apa kelebihan kepada bangsa dan islam.

      WALAUPON bermacam-macam analisa kesan PRU 13, AKU TETAP YAKIN bahawa umno terus dipilih oleh melayu dan islam, UMNO tetap akan jadi PEMBANGKANG yang sangat bertanggungjawab sekiranya menerima kekalahan dalam pru dimasa akan datang.

      KEMENANGAN UMNO dan pertambahan kerusi diparlimen satu isyarat jelas, pengundi yang tidak berparti terus memberi sokongan dengan kesedaran bahawa MELAYU masih perlu bersandarkan kepada kekuatan UMNO sebagai perti DOMINEN dalam pemerintahan hari ini.

      ERA HARI INI kemenangan 2/3 tidak penting. negara mana didunia ini mampu terus berkuasa dalam politik sehingga 56TAHUN???........
      PAS PKR DAP parti rakus bagai tikus baiki labu, masing-masing kerja balun membalun mencaci maki hasad dan dengki mengali kubur kawan yang berlainan aliran.

      Delete
    2. Kemenangan Umno secara tipu an undi pos, undi hantu, undi rasuah, undi ugut rakyat yg tak berpelajaran, undi golongan penyangak bangsa,....... Betulkah umno menang kerana sokongan tulin rakyat?

      Delete
  9. Betul. Tempat aku PRU 13 baru2 ni, nama dah dicalunkan tapi besoknya nama dia dah tak ada lagi, yang masuk calun balik orang lain. Dia Doktor sebab itu agaknya UMNO tak suka. Yang menang pembangkang juga. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Salam, aku setuju sebab aku banyak kali isi borang nak jadi ahli UMNO dari keluar universiti sampai lah ni tapi tak pernah dapat reply. Ketua bahagian dan ketua pemuda takut orang yang ada diploma dan berbakat join UMNO. Sbb tu skrg ramai golongan profesional lebih ramai join PAS.

    ReplyDelete
  11. Bagus sangat ada gulungan muda yg berminat bercakap pasal UMNO...
    Aku ni dah umur senja...tak dapat sangat membaca fikiran generasi muda dan tak pasti sangat apa kehendak mereka....yg muda2 ni tolonglah buat sesuatu yg memenuhi kehendak org muda asalkan selaras dengan perjuangan menegakan Agama, Bangsa dan Tanah Air mengikut acuan mereka....
    Bagi aku otak yg dah lapuk ni...hanya setakat berpendapat...1. UMNO perlu ditransformasikan secara total dari luar dan dalam parti. 2. Agenda Kerajaan Perpaduann harus diteruskan secara sirius oleh pucuk pimpinan dahulu sebelum ke akar-umbi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak ko memang lapok selepas telan pelbagai dosa tipu tindas rakyat....... Ex umno Ali baba.... 25%......

      Delete
  12. Ahli UMNO ramai orang berniaga. Mereka ni mesti hebat dalam kerja-kerja pemasaran dan jualan (sales & marketing). Tapi usaha pemasaran & jualan adalah semata-mata untuk mereka mendapat projek, permit dll, untuk diri mereka. Ada mereka beri tumpuan kepada pemasaran dan jualan untuk keahlian UMNO? Mungkin saya tak melihat usaha ini. Atau mungkin, kemasukan ahli adalah khusus untuk kawan-kawan dan krooni di dalam membentuk "empire" dan pengaruh....bukan untuk menguatkan UMNO. Mungkin satu langkah adalah dengan mengadakan permohonan keahlian UMNO dalam talian, untuk semua cabang UMNO....ie permohonan keahlian dalam talian berpusat (central on-line membership application) untuk menjadi ahli....putera, puteri, pemuda, wanita, UMNO. Sebenarnya ramai yang ungin membantu UMNO kearah memperkasakan kembalik UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang amat bernas. Kalau mahu tolong UMNO bagaimana nak hubungi anda?

      Delete
    2. Ya saya setuju. Selain itu semua Ketua Cawangan atau Bahagian UMNO dan Pentadbirannya disemua peringkat mestilah celik IT supaya dapat terus menghubungi Ahli2 nya. Dengan itu adakan saluran khas untuk Ahli2 menyuarakan cadangan dan masalah mereka melalui 'UMNO HOTLINE' disetiap Cawangan, Bahagian dan Ibu Pejabat UMNO serta mendapat kata2 peransang dari Ketua2 Cawangan, Bahagian dan Pemimpin2. Ini akan menjalin perhubungan yang rapat yang pro-aktif diantara pemimpin dan ahli2 UMNO untuk kebaikan bersama dalam memperkasakan UMNO. Insya Allah.

      Delete
  13. Aku pernah undi PKR....tapi bila dapat banyak petunjuk...yang macam2...aku akhirnya pilih UMNO....

    Maaf parti2 lain aku anggap perosak agama, bangsa dan negara.

    dia kata "Ubahlah"....aku cakap "jalanlah"

    dia kata " Ini kalilah"...aku kata " tak boleh Blah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon suka subahat dgn Kerajaan ubn korup ni......

      Delete
  14. Sememangnya UMNO MESTI sedar!. Sikap tamak haloba, berlagak dan menjadikan UMNO landasan membina kekayaan yang membuat Ketua-Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO mengamalkan "pintu tertutup" keahlian. Ahli-ahli baru dikalangan orang terpelajar, atau orang bijak pandai yang mahu menjadi ahli UMNO disepikan, supaya apabila pencalonan Ketua dan Jawatankuasa Ketua yang tamak haloba ini akan berkonspirasi bersama geng sendiri untuk berpakat memegang jawatan. Sebabnya kita pun tahu! Yang jeliknya ahli-ahli yang sudah ada pun dibiarkan supaya tidak heboh-heboh untuk hadir mesyuarat supaya Ketua-Ketua yang tamak haloba akan "senang" menjalankan "perancangannya". Yang ada dikalangan "pemimpin bawahan UMNO kebanyakannya adalah dari perlantikan kaedah konspirasi yang jelas tidak mengketengahkan orang bijak pandai dan orang-orang yang hebat dikalangan ahli UMNO. Akhirnya produk yang ada sekarang jelas membuktikan bahawa UMNO "dilemahkan" oleh orang yang tamak haloba, kaki bodek, nak cepat kaya, cari pengaroh dan tiada "tulang belakang"! Contoh yang ada sekarang dikalangan pemimpin UMNO sangat menyedihkan! Orang yang setia dan kasihkan Melayu dan negara menangis dalam hati melihatkan betapa "lemah jiwa, otak, dan prinsip" dalam diri pemimpin UMNO Kenapakah terpaksa kami hambakan diri dan jiwa terhadap pemimpin-peminpin yang tidak ada "tulang belakang" ini?? UMNO tidak perlu berubah! orang Melayulah yang kena ubah sikap, cara berfikir, keimanan, jati diri, martabat, maruah dan ketaatan kepada ugama, bangsa dan negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg penting..... Aku menang n berkuasa..... Go to hell Malay n Islam

      Delete
  15. dah byk komen kita bagi dlm semua blog pro Umno..majoriti byk persamaan..hanya kecil jumlahnya melenting..Yg pasti di bawah kita lihat ada persamaan.

    Byk cawangan pendam ahli baru..aneh menolak org sokong Umno. Ramai bertanya jumlah kemasukan ahli baru beberapa tahun ini.

    Dah seharusnya ada undang utk ketua cawangan dpt ahli baru...tetap jumlah..jika tak wajib ganti org baru. buat bernanah dlm Umno.

    ini perkuat pemuda Umno mcm dulu bertaring sekarang taring dah cabut. punyala byk isu..pemuda Umno mcm ditelan bumi..

    belum lagi kisah atas..layan cina dikencing cina. punahsihat...ooo cukup cukup la...Anak muda boleh jadi pelapis...bukak la daftar segera..

    ReplyDelete
  16. buat strategi..bocoq pulak la rahsia dlm.. ada org dap..hancurrrrrr mamposssss..
    pemuda begini boleh digerak ke semua cawangan. buat susun pengundi..pindah ke tempat dr kawasan cina ke tempat pasti menang.

    ada projek bagi kat dia org..dia org pun mahasiswa jugak..jadi boleh berlatih buat bisnes sekali. gabungan tua muda..jgn nak rembat seorg aje..lepas tu kongsi dgn cina.

    Anak Melayu pun pintar. Jika hang perlekeh anak Melayu..hang pun sama..tak reti.. bagi kat cina aje.

    ReplyDelete
  17. Ada ke UMNO HOTLINE sekarang khas untuk Ahli2nya? Tulis kat sini buang masa je? Bukan depa baca pun. Kadang2 kena hentam dari pehak sebelah sana tu atau komen yang menjijikan dari Red Bean Army tu. Harap GAP tolong sampaikan kepada pemimpin UMNO supaya diadakan HOT LINE segera kalau masih belum ada.

    ReplyDelete
  18. Go to hell tyranny umno....

    ReplyDelete
  19. Anon 1.10 sure missed the point of this discussion! Severely retarded he/she must be!

    ReplyDelete
  20. ah jib gor jangan terus membodek china sahaja. jangan asyik ke majlis cina sahaja jika masih tak serik. jaga lebih kawasan luar bandar

    ReplyDelete
  21. Geram ada, menyampah ada, suka ada bila baca komen-komen dari artikal Hafizuddin Dato' Hashim nihhh...

    Nak kata depa ni lepas geram, boleh jadi juga. Nak kata depa ni tak suka dengan komen dan artikal Hafizuddin, pun boleh jadi juga. Terutama yang buat komen mengata direct kapada individu-individu, ada yang boleh pakai dan ada juga yang tak boleh pakai.

    Kesimpulannya, bagi aku depa ni ada yang UMNO tok-tok, ada yang pembangkang tok-tok dan ada juga jenis yang jahat dalam UMNO menunggu masa nak hentam Tun M dan Tun Daim. Dan bagi aku juga depa ni tak dak pulak nak bina UMNO dan BN supaya UMNO BN akan jadi kuat.

    Bagi akau, apa yang dinyatakan oleh penulis artikal ni pun, contohnya diseru supaya kepimpinan UMNO dan kompenennya harus perbetulkan cara kepimpinan dan juga mencari jalan supaya UMNO dan ahli parti komponen ada kekuatan dari sokongan orang muda.

    Dari segi ini, apabila kita kaji keputusan PRU13 dari saluran 1-5 atau 6, terutama di kawasan yang banyak pengundi Melayu, saluran 4, 5 dan 6 iaitu pengndi muda ada trand kesedaran mereka dan memberi sokongan kapada BN. Ini penomena baru yang amat menggalakkan. Saluran 1, 2 da 3 dah tentu 80% daripadanya menyokong BN. Tetapi apabila kita kaji keputusan di Daerah mengundi yang banyak bukan Melayu, apa lagilah di Parlimen dan DUN, terlampau jelas keputusannya tidak berpihak kapada BN.

    Disinilah bagi saya, diatas cabaran Tun M, undi Melayu berbalik kapada UMNO/BN. Yang tidak datang kapada ialah pengundi bukan Meayu, kecuali pengundi India.

    Penulis artikal bercadang nak tegur UMNO, tapi tidak kesampaian. Elok menulis artikal yang berbentuk teguran membina jangan lepas geram, mampuih orang UMNO tak ikut.

    ReplyDelete
  22. buangkan sikap ego segelintir pemimpin pemimpin dalam umno yang ada sekarang ni....tun mahathir dan tun daim lebih arif tentang perkara ini

    ReplyDelete
  23. saya sayangkan UMNO...tapi saya x suka orang dalam Umno

    ReplyDelete
  24. salam 2all,

    Ada masalah rumah tangga? Tegang sewaktu bercumbu tetapi lembik semasa mahu penetrasi? Itu masalah biasa kerana faktor usia, kami ada penawarnya!

    KAPSUL HERBA PACAK LANGIT 30 biji RM100, sili klik di bawah untuk keterangan lanjut,


    PACAK LANGIT UTK TEGANG LEBIH LAMA

    ReplyDelete
  25. UMNO AKAN TETAP ELITIS, DAN MASA YG AKAN MENGAJAR DAN MENGUBORKAN UMNO.. DTGLAH 1001 SATU NASIHAT DAN TEGURAN , UMNO AKAN TETAP BUTA

    ReplyDelete
  26. majoriti ahli umno adalah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, tetapi dipimpin oleh golongan elit bangsawan yang begitu sukar untuk menyuburkan demokrasi, pemimpin dalam BN melaung-laungkan bahawa demokrasi di negara ini begitu subur, tetapi sayangnya demokrasi dalam umno seperti disekat, sesungguhnya demokrasi akan menjadikan umno lebih matang dan perkasa, UMNO perlu dikejutkan dari mimpi lunaknya sebelum tersungkur menyembah bumi.

    ReplyDelete
  27. Politik malaysia sebenarnya dimanupulasikan anwar ibrahim sejak kemasukan beliau kedalam umno, selagi anwar dapat sokongan orangramai bukan penyokong pr saja tapi mereka yang jelak dengan politik malaysia maka umno akan kecundang

    ReplyDelete
  28. Ahli UMNO ni makin lemah syahwat.... sembang je deraih.... lembik sewaktu penetrasi....
    Sembang berapi tak guna... pi telan PIL PACAK LANGIT Dulu la weh......

    ReplyDelete
  29. Tabik bro............ Bangun la bangsa ku....... UMNO...... Orang Melayu berlindung dibelakang mu........ Jadi, janganlah kau mengkhianatinya........ Ayuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh........ Bangun..........

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH