Pages
▼
Sunday, November 18, 2012
Lagi Bukti PAS semakin sesat! Video PAS doakan Umno/Bn hancur dan tumbang di PRU-13!
Entah ijma’ dan qiyas apa yang mereka gunakan, Mursyidul Am PAS yang menjadi tok imam pula bagaikan berhala bisu dan tuli yang langsung tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghalang apatah lagi menegur, BIDAAH DHOLALAH yang berleluasa dan dilakukan oleh hampir 30,000 orang (sepertimana yang dilaporkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat).
Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa taksubnya.
Pembacaan doa berkenaan dilakukan oleh adik Nik Abdul Aziz Nik Mat bernama Nik Razi Nik Mat. Nik Razi ini jugalah yang membentangkan usul mempertahankan tindakan jijik Anwar Ibrahim menyuntut pelacur dari China pada tahun lepas dalam Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam.
Pada ketika umat Islam di seluruh dunia sedang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh ratusan serangan udara Zionis, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang mengaku beragama Islam di Malaysia yang mengambil kesempatan mendoakan keburukan kepada umat Islam yang lain, dalam sebuah negara yang sama.
Anehnya, doa yang mereka panjatkan adalah untuk memenangi Putrajaya walaupun hakikatnya, mereka tidak akan menang dalam perlumbaan ke Putrajaya kerana jumlah kerusi yang mereka tandingi nanti tidak sampai pun 60 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi itu, mana mungkin PAS akan memenangi kesemuanya. Dan kalaupun menang kesemuanya pun kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang sangat luar biasa, mana mungkin PAS dapat mengatasi PKR dan DAP yang akan bertanding di 72 dan 90 kerusi. Kalau sekarang ini, PAS tidak ubah seperti keledai tunggangan, bagaimana pula PAS boleh mengubah situasi tersebut selepas Pakatan berjaya menguasai Putrajaya?
Justeru, doa yang dipanjatkan, hanyalah PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN semata-mata. Ia seolah-olah mengharapkan tongkat sakti dan kuda terbang yang boleh diperintah, tanpa perlu bekerja keras, seperti dalam cerita-cerita dongeng popular yang kita baca pada zaman kanak-kanak dahulu.
Bagaimanapun, sesuatu yang sangat pasti daripada babak doa di padang Stadium tersebut adalah gambaran tentang kesesatan yang dibidaahkan dengan agama dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam keserakahan mereka mengejar kuasa dan kemewahan!
Sumber : Sel13.com
Pemimpin Pas nie berhati syaitan...hati yg busuk
ReplyDeleteHahahaha kelakar lah korang ni. Umno dan bn tu parti islam ke? Cuba cakap? Apa yang islamnya? Doakan parti hancur, bukannya doakan islam hancur. Kalau ko kata bn tu islam, mic dan mca tu islam ke? Parti2 kat sabah sarawak tu islam ke? Uwekkkkkk. Memang pakar putar belit.
ReplyDeletesebab tu tk penah menang, tuhan tk kan makbulkan doa untuk hancurkan org lain ..mintk la doa bg kelantan tu maju ke, ade ke faedah gak....org yg mengaminkan tu pn g la blajar islam dalam2 dlu...jgn main amin je...
ReplyDeleteWoi Anom 1204.
ReplyDeleteSudah terang lagi bersuluh sekiranya apa myang hang komen ni untuk memperbodohkan orang UMNO maka hang lagi lah manusia berotak keldai.
UMNO bila2 masa boleh bertukar nama, NAMUN Islam yang menganggotai UMNO itu tetap TEGUH sebagai satu Umat yang bersatu dibawah rahmat Allah, semoga mengampunkan mereka2 yang sentiasa mendoakan keburukkan keatas sesama insan yang mengucapkan kalimah yang sama.
Ya Allah kau ampunkanlah kami yang tetap menggemgam Kalimahmu kerana kebodohan dan kejahilan kami. Amin.
Kalau umno berada dipihak yang benar maka tak perlu bimbang dan berdukacita, kerana Allah sentiasa dipihak yang benar.
ReplyDeletedlm BN ada UMNO.UMNO tak zalim kerana di malaysia org islam masih bebas berdakwah,ke masjid dan mengamalkan seluruh ajaran islam kerana BN rakyat hidup makmur.PAS yg memerentah kelantan dah lebih 20 tahun lagi zalim kerana tak menyediakan bekalan air yg sempurna tapi mengaku bagus.Masjid pun hanya 2 buah shj dibina.Jgnlah anggap semua org bodoh sebab tu PAS tak pernah menag.
ReplyDeleteapa kebenda yg zalim ntah laa tak paham aku...nak kata huru hara mcm syria tak jugak.. tapi yg dok kat saf depan tu tiap bulan bantai elaun ribu2 gak... tadelah smpi kebulur nk beli beras pon payah.. kalau betul hebat pastikan elaun yg masyuukkk tu agih pada rakyat setiap bulan yang kene zalim tu.. kalu buat esok gak aku sain borang pas
ReplyDeletePadanlah tok guru aku dulu punya marah ngan puak2 pas ni.. Barulah aku tau. Mendidik utk tmbhkan mazmumah. Confirm pru akan dtg tobat tak undi pas dah..
ReplyDeleteTerlalu sedikit ulama yg dpt kebenaran dlm pas ni..salah sorg ust nasha..
ReplyDeleteKemaruknya nak kuasa hingga hilang adab islam.. Kuasa yg diberi oleh Allah tu pun tak terjaga, tamak haloba nak dunia lg.. Pas berjaya menyuburkan mazmumah dlm masyarakat..tahniah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMmg tidak salah. Do'a itu sendiri bakal membawa rahmat yg besar pd kem umno. Bagaimana? Dgn tumbangnya rejim umno dari persada politik tanahair, barulah mereka nmpak jln kembali & jln taubat. Kalau tidak, smpai bila2 mereka dlm kesesatan & merasakan diri mereka betul. Org2 umno yg sepatutnya risaukan diri mereka sendiri, samada mereka masih Islamkah? atau sudah jatuh munafiqkah? Atau fasiqkah krn menyokong kezaliman? Pendek cerita, jatuhnya umno tak lama lagi akan membuka pintu laluan utk mereka semua kembali kepangkal jln...
ReplyDeleteKalau pas boleh solat hajat, mengapa umno tidak?
ReplyDeleteKalau pimimpin pas boleh jadi imam solat hajat, kenapa umno tak buat?
tapi yg aku nmpk bnyk anak org pas yg x betul, perompak, penagih, krja malas, berniaga x ikhlas, penipu, hutang x mau bayar, peras ugut, mkn duit haram, judi. so jgn igt bila sokong pas diri tu dh mulia sgt, mungkin og yg anda kta tidak brapa jislam tu lebih mulia dsisi Allah dari anda
ReplyDelete