Pages

Saturday, October 13, 2012

Wow! Mat Mengantuk pun kata PAS dah sesat!




KEPALA BATAS - Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota PAS menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan  mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai)  terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.

"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa  yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang  dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP  bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam  memperjuangkan Islam.

Bernama

Cili Padi : Mat Mengantuk pun boleh nampak yang PAS dah tak perjuangkan Islam takkan orang lain tak boleh nampak kot...

1 comment:

  1. DALAM TIDOK AKU JAGA , DALAM JAGA MEMANG AKU TIDOK
    MACM PENYAMUN ORG JAGA DIA TIDOK TAPI ORG TIDOK DIA TIDOK TAPI JAGA
    INI LAH PM KE5 - TUNGANG LANGANG MSIA DAPAT KE DIA -HANCUK

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH