Pages

Monday, October 8, 2012

Panas! PKR Enggan Benarkan Bas Jalani Ujian Forensik?!


Tempoh berdiam diri hampir dua minggu bukan bermakna kami telah menamatkan pendedahan kami berhubung penyelewengan pembelian bas mewah oleh MB Selangor.

Tersentak dengan pendedahan kami telah membuatkan Khalid Ibrahim menukar nada dengan mengatakan bas tersebut disewa beli. Sedangkan sebelum pendedahan kami katanya bas tersebut disewa selama enam bulan.

Seperti yang diketahui umum pada 1 September 2012 bas mewah tersebut telah disimbah cat merah di Kota Bharu dan 8 September 2012 kejadian yang sama sekali lagi berulang di Melaka.

Dalam kedua-dua kejadian tersebut pihak PKR telah membuat laporan polis. Namun apabila pihak polis hendak menjalankan siasatan lanjut mereka tidak memberi kerjasama. Termasuk tidak membenar bas tersebut ditahan sementara waktu untuk tujuan forensik oleh PDRM.

Mereka tidak mahu memberi kerjasama termasuklah enggan membenarkan bas dilakukan ujian forensik kerana bimbang pihak polis akan menjumpai penemuan-penemuan lain yang boleh mendedahkan penyelewengan yang berlaku bagaimana bas berkenaan diperolehi.

Sementara menantikan sambungan pendedahan kami dalam siri akan datang, sila tatap terlebih gambar-gambar yang menunjukkan kemewahan bas PKR.






Sumber : Sel13.com 

1 comment:

  1. Dalam bas pun ada dapur, tempat bancuh kopi !!! Siapa agak nya coffee boy Anwar didalam bas ini ????Wakaaaaaa......

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH