Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari
segala keganasan dan bencana alam yang besar.
Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh
beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya
dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.
Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan
negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.
Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan
bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan
tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.
Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan
dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan
keamanan yang berkekalan di negara ini.
Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti ‘gemar kepada
keganasan’ tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana tidak mampu mengatasi
kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk
melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari
Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di
negara itu.
Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai
menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi
bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.
Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam
Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana
mereka menemui anggota lain kumpulan itu.
Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad
bagi melakukan serangan berani mati.
Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk
menyelaras komplot serangan tersebut.
Mentaliti yang ‘cintakan keganasan’ ini sering menggunakan
nama penyamaran iaitu ‘jihad’ bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal
lakukan.
Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana
parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi
berdarah Memali dan juga Sauk. Semuanya
atas nama ‘jihad’. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO
itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang.
Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka
yang terbunuh di Memali sebagai para ‘syuhada’.
Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan
kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab ‘tidak cukup Islam’ atau ‘kafir’
dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang ‘benar-benar Islam’. Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh
pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad
dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid.
Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga
mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu
ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat. Hari ini, golongan ini memilih untuk
menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang
menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab. Membela umat Islam Palestin, adalah antara
alasan paling ‘popular’ di kalangan mereka.
Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman
sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup
bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk
menghantar bantuan ke Palestin. Tetapi,
mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga,
dengan harapan untuk mati syahid. Lebih
buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat,
tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi ‘bom berani mati’.
Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah
sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak. Telah menjadi satu ‘hukum tidak bertulis’
bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan
sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang
benar dan bijak.
Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya
kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka. Dan ini akan dijadikan alasan untuk
mengganas. Pendek kata, mereka tidak
pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk
memberontak.
Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan
tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan
politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak
pembangkang.
Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang
mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi
satu, iaitu Pakatan Rakyat. Justeru,
cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki
pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang
dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.
Jangan lupa pemimpin dan Ahli Al Maunah, Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Bersih adalah militan asuhan dan ahli-ahli PAS berfahaman syiah
ReplyDelete