Pages

Sunday, October 7, 2012

Kerajaan Pulau Pinang gagal mengawal pemilikan asing di Tapak Warisan!


GEORGE TOWN - Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai polisi untuk memelihara 4,000 premis di Tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town.

Ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri seharusnya mempunyai pelan mengawal pemilikan asing dalam pembelian premis warisan kerana kedudukan Pulau Pinang dalam warisan dunia amat penting.

"Jika semua premis di Tapak Warisan George Town dimiliki orang asing maka ia merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Oh berkata kajian Pemuda BN negeri mendapati sebanyak 82 premis warisan telah dimiliki orang asing daripada 120 unit, yang kebanyakannya warga Australia dan Singapura.

Katanya kebanyakan premis warisan yang dimiliki warga asing adalah di tumpuan utama Tapak Warisan George Town iaitu Love Lane, Lebuh Chulia, Lebuh Armenian, Lebuh Stewart dan Jalan Masjid Kapitan Keling.

Bernama

1 comment:

  1. JUAL DENGAN SEGERA LEBIH BANYAK HARTANAH DI PINANG SEMENTARA KAMU ADA KUASA WAHAI 'KHALIFAH UMAR ABD.AZIZ PASAMDOL' !!!

    gen2felda

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH