Pages
▼
Thursday, October 18, 2012
Benarkah Tiada Siapa Yang Layak Jadi Mursyidul Am PAS Selain Nik Aziz?
SELAMA ini ramai yang beranggapan bahawa dia kononnya merupakan seorang yang zuhud, warak, merendah diri dan begitu terkenal akhlaknya di kalangan para pengikut serta para penganut ajaran PAS.
Namun, segalanya mungkin hanyalah kosmetik di mana dia dikatakan sering menunjukkan “belang”nya di dalam majlis-majlis tertutup dan ketika itu barulah terserlah akan sikap sebenarnya yang berlawanan dengan sikapnya di khalayak umum.
Agak mengejutkan saya apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dikatakan pernah berkata bahawa hanya dia saja yang layak bergelar “Mursyidul Am PAS”, dan tiada seorang pun yang layak untuk menjawat jawatan tersebut melainkan dirinya.
Dalam satu pendedahan yang disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia itu, kata-kata Nik Aziz itu diluahkan di hadapan para pemimpin PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah negerit itu selepas PRU ke-12 dan sebelum dia bertolak ke Mekah bagi menunaikan umrah.
Saya yakin bahawa kata-kata tersebut memang pernah diucapkan oleh Nik Aziz memandangkan akhbar berkenaan menyiarkan kenyataan sumbernya itu dan faham bahawa pihak syarikat akhbar berkenaan terdedah kepada tindakan saman sekiranya laporan tersebut tidak benar.
Menganggap Nik Aziz berkata sedemikian, apakah benar tiada seorang pun di dalam PAS yang berkelayakan untuk menggantikan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am?
Atau Nik Aziz hanya “syok sendiri” dan “perasan bagus” dengan pencapaiannya sebagai Mursyidul Am?
Pada pandangan saya, dari kenyataan Nik Aziz itu jelaslah menunjukkan keangkuhannya yang didorong rasa ujub dan takbur atas pencapaiannya sebagai Mursyidul Am PAS, sebuah jawatan tertinggi di dalam parti itu.
Pada saya sebenarnya, ramai lagi individu-individu di dalam PAS yang lebih layak untuk menjawat jawatan Mursyidul Am PAS berbanding Nik Aziz yang ilmunya tidak seberapa itu.
Sebagai contoh, Timbalannya sendiri iaitu Datuk Dr. Harun Din dilihat dan diiktiraf lebih layak untuk menjawat jawatan tersebut berdasarkan kelebihan-kelebihan yang ada padanya jika dibandingkan dengan Nik Aziz.
Dr. Harun Din merupakan seorang tokoh agama yang layak digelar ulama di atas pendiriannya yang begitu utuh mempertahankan Islam berbanding berkiblatkan politik sebagaimana yang diamalkan oleh Nik Aziz.
Misalnya, dalam hal penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah sebagaimana perjuangan asal PAS, Dr Harun Din begitu konsisten mempertahankan perjuangan tersebut sehinggalah beliau terpaksa mengalah kepada kehendak Nik Aziz yang sanggup menggadai maruah partinya kepada DAP.
DAP sama sekali tidak mahu menerima perjuangan PAS yang mahu menubuhkan Kerajaan Islam dan berjaya mendominasi serta “mengkeldaikan” maruah PAS dengan menukar perjuangan asal parti itu kepada penubuhan Negara Kebajikan.
Saya masih ingat bagaimana Dr. Harun Din mempertahankan isu penggunakan kalimah “Allah” dan kemudiaannya terpaksa mendiamkan diri apabila Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menyebelahi Khalid “Gereja” Samad dan kehendak pendakwah Kristian.
Padahal, Dr. Harun Din bercakap berdasarkan pemahaman Islamnya yang jauh lebih tinggi berbanding Nik Aziz yang hanya berkelulusan sederhana dan hanya layak menjadi guru agama di sekolah tadika PASTI sahaja.
Bukan itu saja, dari segi penglibatan jawatan, Dr. Harun Din juga lebih afdhal diketengahkan sebagai Mursyidul Am memandangkan beliau pernah dinobatkan sebagai tokoh Islam dan diiktiraf Kerajaan BN suatu masa dahulu.
Sayangnya, Dr. Harun Din menyertai PAS pada saat-saat akhir dan dikatakan bahawa penyertaannya di dalam PAS itu adalah disebabkan pertikaiannya dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Jadi, penyertaan Harun Din di dalam kancah politik PAS bukanlah kerana Allah SWT, tapi lebih kepada kemarahannya kepada Muslim lain yang tidak terlepas dari khilaf dan kelemahan diri sendiri.
Pun begitu, meskipun Harun Din masuk menyertai PAS, beliau masih dihormati oleh kawan dan lawannya di dalam dunia politik tanahair berdasarkan ilmu agamanya yang tinggi dan prinsip akhlaknya yang berteraskan kepentingan Islam.
Berbanding dengan Nik Aziz, Dr. Harun Din jauh lebih baik dari Mursyidul Amnya itu yang lebih berkiblatkan kepada politik berbanding mempertahankan prinsip Islam di dalam perjuangan hidupnya.
Justeru itu saya percaya bahawa ramai umat Islam di negara ini bersetuju bahawa masih ada ramai lagi individu yang lebih layak menjawat jawatan Mursyidul Am PAS dan mampu melaksanakan tugas jauh lebih baik berbanding Nik Aziz.
Saya percaya, jika Dr. Harun Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS, sudah tentu umat Islam tidak akan berpecah kepada dua kelompok besar dan berkemungkinan besar bahawa PAS akan sama-sama berjuang bersama UMNO dibawah payung BN.
Bagaimanapun, selagi Nik Aziz bernyawa, jangan haraplah dia akan menyerahkan jawatan Mursyidul Am kepada mana-mana individu di dalam PAS.
Mungkin padanya, dia mahu memegang jawatan tersebut sehingga dimasukkan ke liang lahad.
Perak Today
aku rasa harun din lebih layak dari pok nik ni.. dia ni pun dah tua, cakap merapu..
ReplyDeletetapi yang lagi patut pas di luputkan diatas muka bumi malaysia, kerana sentiasa bercanggah pemikiran dan fahaman semua umat islam, kerana pas la melayu berpecah
ReplyDeleteCP,
ReplyDeletesapa pun takmo kut...jadi HAMPAS! buat apa?
pok nik berani krn ahli2 ramai totok!
ada lagi ka yg:
berani ka nak tanggung dosa ahli2 yg ramai luntur iman krn mengkafirkan pihak lain?
berani ka nak jamin surga ahli2 hanya krn politik?
brani ka nak kuntau dgn dap walaupun ulam2 pas lain kata tak kena cara bila berbaik dgn dap?
rasanya sapa2 yg jd mushitdol hampas lps ni kena tukar style... jgn jd mcm pok nik!