Pages

Wednesday, October 3, 2012

Bajet 2013 menggembirakan rakyat dan mendukacitakan Pembangkang?



Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak Jumaat lalu disifatkan sebagai Bajet yang memberikan kepentingan besar kepada seluruh rakyat Malaysia dalam semua kategori.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media memberitahu berdasarkan kepada fakta selain melalui kajian ringkas yang dilakukan parti itu didapati Bajet 2013 yang dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional jauh lebih baik jika dibanding dengan Bajet Pakatan Rakyat.

Katanya, melalui perbincangan bersama wakil-wakil parti komponen BN didapati Bajet parti itu tenyata meliputi segenap kelompok masyarakat mahupun kaum di seluruh negara.

"Jadi kita berbincang dan melakukan penelitian... kita lihat Bajet yang dibentang oleh PM, Jumaat lalu dan kita juga melihat bajet yang dirangka oleh pihak pembangkang... ternyata pembahagian yang kerajaan lakukan jauh lebih baik dan ia tidak meminggirkan mana-mana kaum.

"Bersesuaian dengan tema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" bajet yang dirangka kerajaan adalah sesuatu yang diterima baik oleh rakyat dan dalam masa yang sama telah mendukacitakan pemimpin Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH