Bajet alternatif pembangkang ang dibentangkan oleh Anwar
Ibrahim di Bilik Taklimat di Parlimen Rabu lalu terus mendapat kritikan hebat
daripada pelbagai pihak.
Ini termasuk ahli politik, para penganalisis ekonomi dan
kewangan serta pakar dalam bidang pendidikan dan sosial.
Kebanyakan kritikan tertumpu kepada betapa tidak
praktikalnya pandangan pembangkang kononnya untuk mengemukakan model pengurusan
ekonomi dan kewangan yang "lebih
baik" daripada Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari
Jumaat lalu.
Jika bajet pembangkang dilaksanakan kemungkinan besar negara
akan berhadapan dengan risiko bankrap kata penganalisis ekonomi.
Ini kerana cadangan seperti penurunan harga kereta dan harga
petrol hanya akan melemahkan fondasi ekonomi negara disebabkan kegagalan
pembangkang memberi butiran bagaimana mereka mahu mengimplemensi rancangan
tersebut.
Ada mungkin juga ini adalah sekadar retorik kosong
pembangkang yang hanya berminat untuk menjadi popular dan meraih undi ketika
negara di ambang pilihan raya umum.
Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menerangkan
secara terperinci dasar atau program ekonomi yang hendak dilaksanakan kerana ia
sudah tentunya akan membabitkan dana awam.
Jadi rakyat perlu tahu bagaimana wang mereka akan digunakan
sebaiknya untuk mendapatkan pulangan dan kesan berganda yang lebih berkesan.
Pembangkang pula nampaknya hanya melepaskan batuk ditangga
dengan menggariskan secara kasar cadangan-cadangan berbentuk populis dan gimik
politik semata-mats tanpa input pemikiran yang menjurus kepada pembangunan
ekonomi negara dalam erti kata sebenar.
Juga cadangan memansuhkan PTPTN lebih berbaur politik peti
undi daripada benar-benar bersifat kepentingan bagi golongan pelajar.
Memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma pada
peringkat kolej dan universiti akan mematikan semangat kompetitif di kalangan
pelajar.
Umpamanya pelajar cemerlang tidak akan merasa perlu untuk
membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam
bidang yang dipelajari kerana pelajar mundur dan malas juga mendapat kemudahan
yang sama.
Cadangan pembangkang hanya akan mamou mewujudkan satu
generasi siswa yang malas berfikir, jumud pemikiran serta kosong semangat juang
di dalam jiwa mereka.
Seperti kata komen mengenai perkara ini, universiti hanya
akan mengeluarkan ribuan graduan saban tahun yang berkualiti 'mediocre' ataupun
cukup makan.
Akibat daripada itu pasaran pekerjaan akan terjejas teruk
kerana para majikan tidak lagi mampu mendapatkan tenaga profesional yang
benar-benar mahir dan berkaliber.
Akan berlaku keadaan di mana graduan tidak laku di pasaran
pekerjaan tempatan dan ini memaksa sektor swasta mencari kemahiran yang
diperlukan dari negara luar demi memenuhi kriteria yang dikehendaki.
Lebih penting daripada itu, bajet yang diwar-warkan oleh
pembangkang tidak memenuhi satu kriteria yang amat penting dalam mana-mana
belanjawan sesuatu negara iaitu bagaimana bajet itu mahu mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung segala yang dicadangakan.
Secara logiknya, jika bercita-cita mahu membeli kereta mewah
atau membina rumah idaman, kenalah difikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang.
Jika tidak segala impian hanya tinggal angan-angan Mat Jenin
sahaja.
Ketua Pembangkang gemar menggunakan analogi pendapatan besar
Petronas setiap tahun untuk menjual ide 'penstrukturan semula' ekonomi yang
dibawanya.
Cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak nampak mulus
tetapi jika dikaji dengan teliti ia sebenarnya bercanggah dengan pendiriannya.
Dalam ceramahnya Anwar sering mengkritik kerajaan kerana
didakwa menggunakan wang Petronas untuk memberi subsidi harga pasaran tempatan
minyak petrol dan diesel.
Beliau gagal melihat ironi cadangan penurunan harga minyak
dan bahanapi kerana tindakan itu juga akan akhirnya mengakibatkan penggunaan
dana Petronas.
Jika harga petrol dan diesel diturunkan hanya kerana
pembangkang mahu menjadi popular di mata rakyat, jumlah perbezaan harga dengan
harga pasaran dunia dan mekanisme penetapan harga oleh Petronas akan terpaksa
ditanggung oleh kerajaan.
Di mana kerajaan akan mencari sumber kewangan untuk
menampung kos pengurangan harga minyak jika tidak mengetuk pintu Petronas juga
atau mengorbankan rizab tunai negara?
Jadi rakyat kena berfikir secara matang dan rasional untuk
mengelak terperangkap dalam permainan psikologi pembangkang.
Seperti kata Perdana Menteri, pembangkang boleh berjanji
bulan, bintang dan apa sahaja asalkan rakyat boleh diperdaya untuk menang
pilihan raya.
Beruang Biru
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH