Seperti yang telah
diketahui umum, awal tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh MB
dari parti PKR telah menamatkan khidmat syarikat Alam Flora untuk kerja-kerja
pengurusan kutipan sampah di negeri Selangor.
Alasan yang
diberikan untuk menjimatkan kos. Itu yang tersurat. Tidak ramai yang tahu apa
yang tersirat di sebalik tindakan tersebut.
Yang tersirat yang
kami maksudkan adalah syarikat-syarikat yang dipilih untuk menggantikan Alam
Flora adalah syarikat-syarikat kroni PKR yang mana syarikat-syarikat tersebut
perlu ‘menyumbang’ kepada PKR diatas apa yang dibayar oleh kerajaan negeri
kepada syarikat terpilih.
Umum telah
mengetahui ‘by hook by crook’ PKR perlu menumbangkan BN pada
PRU 13 untuk memastikan mereka dapat memerintah negara. Untuk mencapai
cita-cita tersebut ia memerlukan dana yang besar bagi menggerakan jentera
pilihan raya yang kuat serta berkesan.
Selain mendapat
bantuan dana asing, Kerajaan Selangor pimpinan PKR menjadi bank untuk
membekalkan wang kepada PKR di seluruh negara.
Atas sebab-sebab
itulah mereka beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha
bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di
Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.
Sebaik sahaja
menamatkan Khidmat Alam Flora, Kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk
membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM 14.5 juta bagi disewakan kepada
kroni-kroni mereka yang mendapat kontrak mengutip sampah.
Dari sini rakyat
Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menilai
kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Selangor.
Mereka bukannya
peniaga tulen yang menjalankan perniagaan berkenaan. Jika mereka peniaga tulen
, adalah sesuatu yang tidak munasabah mereka tidak mempunyai peralatan utama
untuk menjalankan perniagaan teras mereka ?
Lori-lori kompaktor
yang dibeli Kerajaan Selangor dipesan dari negara China secara pemasangan
komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor –
Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.
Dalam masa yang
sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang
lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari
jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli
Kerajaan Selangor.
Kami turut
difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di
kilang berkenaan.
Setelah mendapat
maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah
guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan
sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan
maklumat.
Setelah mendapati
maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat
Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi
mendapatkan info yang lebih kuat.
Sementara kami
mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan
di negara ini.
Akhirnya dari
segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar
terdapat penyelewengan dalam hal ini.
Siasatan kami
mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada
pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
Manakala
kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan
50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
Di sini telah wujud
unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bukan sahaja
melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah
membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.
Tan Sri Khalid
melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan
seperti berikut.
KENYATAAN AKHBAR
30 OGOS 2012
Saya ingin
menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat
sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan
Negeri Selangor.
Bas berkenaan yang disewa untuk
tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun
wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
Semua kos
melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos
sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
Justeru, saya
menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan
tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan
Selangor dan wang rakyat.
Bas dua tingkat ini
yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem
bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis
bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
TAN SRI ABDUL
KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Kenyataan akhbar di
atas dipetik dari http://anwaribrahimblog.com
Juga turut
disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com
Mengikut maklumat
dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas
tersebut adalah miliknya.
Salinan kad
pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat.
Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi
maklumat.
Didapati bas
tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
No Pendaftaran :
BLU 8779
No Enjin :
M61HA800001
Pembuat : Dong Feng
Tarikh Daftar : 03
September 2012
Kegunaan :
Persendirian
Pemilik : Abdul
Khalid Bin Ibrahim
Di Malaysia kita
semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah ,
sewa kereta atau sewa lain-lain.
Barang yang disewa
kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu
perjanjian dengan pemilik. Belum wujud lagi di negara kita barang yang
disewa didaftarkan atas nama penyewa.
Jika benar bas PKR
yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar bersetuju
untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik
itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat
tinggi kepada Tan Sri Khalid.
Kebiasaannya orang
yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai
kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah
berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini.
Semoga pendedahan
kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.
Kemain Khalid ni twist "tuduhan jahat". Yg jahat sebenarnya dia dgn parti Perompak Rakyat dia la...Merompak duit rakyat Negeri Selangor sampai kering, jawab la nanti dalam kubur...
ReplyDeletejet persendirian dan dibagi pinjam..bas dan treler mewah dah ada..kapal dan bot mewah bila lagi..kesian rakyat seklangor dan penyokong PKR dok bagi duit kebajikan kepada pemimpin PKR..tu baru jadi MB dan ketua pembankang..belum jadi PM lagi..kalau jadi PM entah camner lakunya..
ReplyDeleterakyat Selangor yang dapat cuma sampah sarap, air asik xder especially yg kurg mampu dok umah flat, asik dok tengok rumah urut asik dibuka, asik dok tengok banner ngn billboard yg ada gmbr puak2 pr tepi2 jalan (ntah apa manfaat rakyat dpt pun x tau), pastu sapa yg berniaga cukai bkn men naik tggi banding tahun sebelum 2008, tue belum lagi ada setan yg menyamar jadi alim bila pakai kopiah/ ada janggut sikit mula masuk dalam surau ngn Masjid dok melalak2 hentam org len ngn kuar fatwa bodo ....ish..ish..malang nyer rakyat Selangor lepas tahun 2008...
ReplyDeleteEhmm...maknanya Bas tu kita punya la. Pasni boleh gilir-gilir Rakyat Selangor bawa family bercuti-cuti Malaysia. Hebat tu!
ReplyDeleteKhalid pukimak senang2 nak tipu org kan dah lah joli katak pakai duit rakyat selangor lps tu blh tipu plak semata mata sbb pakwe gay dia tu anwar al juburi tu....nk je aq jentik telur dia sampai dia jd street blk
ReplyDeleteSenang2 je drg ni meperbodohkan rakyat selangor kan... Yg kita ni bodoh2 je percaya.. Tp si gagap dgn kaki jubor tu duk enjoy je mmg tak adil lah
ReplyDeleteJika ada bukti suruh SPRM siasat bagi bungkus...
ReplyDelete