Pages

Monday, September 10, 2012

Enam jenis politik jijik Pakatan Haram!


Pemimpin Pakatan Rakyat mengamalkan enam jenis politik jijik bagi membolehkan parti itu meraih sokongan rakyat, sekaligus menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata terdapat pelbagai perkara dan kejadian yang membuktikan sama ada pemimpin mahupun penyokong parti pembangkang mengamalkan fahaman politik jijik yang membawa kesan negatif kepada negara.

Enam jenis amalan politik tersebut adalah, Politik Bebas, Politik Biadap, Politik Fitnah, Politik Hukum, Politik Perpecahan dan Politik Ganas.

“Apa sebab kita kata mereka mengamalkan politik jijik sedemikian… ia kerana banyak bukti daripada kejadian-kejadian telah berlaku.

“Peristiwa menukar Jalur Gemilang itu adalah bukti tindakan politik biadap yang mereka lakukan… kemudian politik bebas yang mereka amalkan pula ia terbukti apabila mereka menyokong LGBT yang sudah sah-sah diharamkan dalam Islam…. ini politik bebas yang melampau,” katanya.

Ahmad menambah, dalam usaha untuk menyuntik kebencian rakyat terhadap pemimpin Barisan Nasional maka satu kaedah hina yang dipanggil Politik Fitnah dilakukan.

“Untuk amalan politik sebegini hanya mereka sahaja yang betul atau apa jua yang mereka katakan itu bukanlah suatu fitnah sedangkan mereka memfitnah orang sewenang-wenang terutama PM dan isteri yang telah difitnah pelbagai rupa,” tegasnya lagi.

Selain itu katanya, satu lagi amalan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat adalah kecenderungan mereka menjatuhkan hukuman yang kadangkala bertentangan dengan agama Islam.

“Ia dipanggil Politik Hukum… mereka asyik menghukum itu menghukum ini… mereka orang itu kafir tindakan ini kafir…jadi itu politik hukum dimana mereka suka-suka buat hukum atau lebih tepat fatwa sendiri.

“Jadi seterusnya politik yang membawa kepada perpecahan… jenis politik ini telah banyak contoh berlaku di negara kita.

“Satu lagi adalah Politik Ganas… dan untuk politik ganas, bersih adalah salah satu daripadanya dimana ia bukti kepada amalan keganasan dalam berpolitik yang mereka lakukan… dalam kejadian Bersih itu dipenuhi adegan-adegan ganas.

“Ini semua diterajui oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dan pemimpin pembangkang terlibat dalam 6 jenis politik ini,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Persidangan Umno Bahagian Klang, petang tadi.

Beliau menambah, amalan jijik yang digunapakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu sememangnya perlu ditentang oleh pemimpin BN.

Katanya, ahli-ahli parti itu tidak mengamalkan keganasan dalam berpolitik apatah lagi membuat tindakan yang boleh merisikokan nyawa rakyat lain.

“Saya kira ia perlu ditentang habis-habis oleh Barisan Nasional yang tak mengamalkan politik sebegini… politik BN tak ganas.

“Kita bebas tetapi masih mengikut peraturan, kita juga tidak memfitnah,” tambahnya.

Bagaimanapun tambah Ahmad, politik pembangkang ini ternyata sengaja dilakukan bagi memecahkan perpaduan antara orang Melayu, Cina dan India.

Perak Today

1 comment:

  1. kesamaan yg bukan kebetulan jika dibelek,bandingkn dgn negara2 dunia smada afrika, arab @jg amerika selatan yg cuba ditembusi 'uncle sam'&konco2nya...
    huru-hara yg cuba ditimbulkn, perbalahan sesama pemimpin yg dgembar-gemburkn & paling ketara perselisihan sesama warga yg dsensasikn hgg kdgkala isu utama terkambus dgn tempelan2 lain demi pningkatan 'rating' popularnya.. seolah2 1 kbanggaan jk isu tempelan yg dspinkn e2 ..ckup jk nmanya dsebut2 orgrmai skalipun bkn sj hujah yg lemah tp isinya se1 yg hampeh yg mn bl dslidik/soal tnya fakta dpetik bsumber dr dgr ckap,fitnah dll sbb tu demi utk rasonalknya @ stdk2nya kdgrn lojik alasan2 yg kbudak2n, dalil2 yg sparuh2 hgg xsedar rumusan akhir sbnarnya xmsuk akal pn... inilh dianya taktikl puak buta hati ini

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH