Pages

Friday, August 10, 2012

Majlis Tazkirah dan Solat Sunat Tasbih




















PUTRAJAYA 10 Ogos - Isteri Perdana Menteri juga merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis tazkirah serta menunaikan solat sunat Tasbih di Seri Perdana hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Dr, Fatma El- Zahra telah menyampaikan tazkirah bertajuk Kelebihan Lailatulqadar dan Taubat Nasuha kepada tetamu yang hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Yang Dipertua BAKTI.

Seramai 200 tetamu yang hadir terdiri daripada ahli- ahli BAKTI, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).

Rosmah dalam ucapan ringkasnya berharap agar seluruh umat Islam dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan penuh kegembiraan dan bersyukur dengan keamanan yang dinikmati di negara ini.

"Kita perlu bersyukur kerana dengan rahmatNya, kita dapat raikan hari raya dengan suasana gembira," katanya.

Sumber : KL Pos

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH