Pages

Saturday, August 11, 2012

Isu Air Selangor: Kenyataan 7 Minit Khalid Vs Kajian 7 Tahun Bina Langat 2



















Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengotakan kenyataannya yang dibuat kononnya untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.

Katanya, sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa berfikir kononnya mahu menyelesaikan krisis air di Selangor.

Noh menambah, Khalid telah mengeluarkan kenyataan serta berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September.

Malah katanya, kepimpinan Selangor juga telah membuat kenyataan untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas.

“Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah.

Noh menambah, kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air.

Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan.
“Ia berbeza dengan kerajaan Selangor… kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air.

“Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat.

Menurut Noh, tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor.

Beliau menambah, Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan.

“Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikn bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN… jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.

“Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap… kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji ni.

“Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang,” katanya
 
Sumber : Perak Today

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH