Pages

Thursday, August 2, 2012

Cili Panas! Seaport Terminal Labur RM5 Bilion!?




Pelabuhan Pulau Pinang ditukar jadi pintu masuk utama laluan serantau:-
Kuala Lumpur: Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, pemenang bidaan bagi penswastaan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), pengendali Pelabuhan Pulau Pinang, akan melabur sehingga RM5 bilion bagi menukar pelabuhan tertua di Malaysia itu menjadi pelabuhan serantau.
Pengarah Pelabuhan Seaport, Datuk Mohd Sidik Shaik Osman, berkata pelaburan yang akan dibuat sebaik proses pengambilalihan dimuktamadkan dan sehingga 2022 itu akan membabitkan kombinasi suntikan ekuiti, dana dalaman dan pinjaman.
“Kami menjangkakan pengambilalihan PPSB dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini berikutan syarikat perlu memeterai beberapa dokumen dan memenuhi beberapa prosedur yang ditetapkan.
Naik taraf
“Sebaik selesai, kami menyuntik sehingga RM5 bilion sebagai perbelanjaan modal menaik taraf serta memperbaiki semua kemudahan di pelabuhan itu.
“Suntikan dana itu bertujuan meningkatkan kapasiti dan menukar pelabuhan tertua negara itu menjadi pintu masuk utama perkhidmatan perkapalan dan kargo khususnya dari kawasan Teluk Benggala, Myanmar, Bangladesh, selain menjadi hab pelabuhan serantau bagi laluan antara India dan China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur semalam.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan Seaport, iaitu syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai pembida berjaya bagi melaksanakan penswastaan PPSB.
Seaport dipilih kerana mengemukakan tawaran berdaya saing. PPSB yang berada di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, mengendalikan Pelabuhan Pulau Pinang sejak 1994 selepas mengambil alih peranannya daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). SPPP kini hanya bertindak sebagai badan kawal selia ke atas pelabuhan itu.
Rancangan menswastakan PPSB itu bagi mengembangkan pelabuhan tertua di negara itu yang kini menduduki tangga ke-96 dalam senarai 100 pelabuhan kontena dunia.
Seaport pula adalah antara pemegang saham utama dalam MMC Corporation Bhd (MMC Corp) yang memiliki pengalaman serta kepakaran sebagai pemilik dan pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia, iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Johor Port yang terletak di selatan tanah air.
Mengulas lanjut rancangan pelaburan itu, Mohd Sidik berkata, daripada RM5 bilion itu, RM1 bilion akan digunakan bagi tempoh 2012 hingga 2017.
Mudahkan pengemudian
Katanya, ia antara lain adalah untuk mendalamkan laut untuk memudahkan pengemudian kapal serta memulihkan kembali operasi perniagaan PPSB dan menjadikan syarikat itu kembali untung.
“Baki RM4 bilion akan dilabur ke dalam PPSB secara berperingkat sehingga 2022,” katanya sambil menambah pihaknya akan turut menaiktaraf dan meneruskan perkhidmatan feri dengan tumpuan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal sesudah mengambil kira pengguna kereta mempunyai alternatif jambatan kedua.
Sementara itu, Mohd Sidik turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Seaport akan menurunkan peranan serta taraf Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelabuhan pengantara sebaik mengambil alih atau memindahkan beberapa kren di pelabuhan itu ke PTP.
Sebaliknya, beliau berkata, meskipun terpaksa menanggung hutang PPSB yang berjumlah RM1.3 bilion, pihaknya tetap komited melabur menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai peserta utama serantau.
BERITA HARIAN

3 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnya berajaya jugak Tan Sri kesayangan aku ni dapat

    ReplyDelete
  2. Tahniah pd AL Bukhary.Hidup melayu!Merah padam muka Guan Eng..

    ReplyDelete
  3. Kami rakyat bumiputera menyokong penuh kejayaan tan sri mengambil alih PPSB. Pembangkang sememangnya nak membangkang shj..itu kerja mereka....apabila GK dpt lrt dikatakan tiada pengalaman dan keupayaan kewangan tp apabila tan sri berjaya mendptkan ppsb juga cuba d halang. X tau apa pula alasannya...sedangkan tan sri kalau bab port mengeport nie mmg dah terkenal...hehheee...dasar DAP...dunia aku punya...dr bjb

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH