Pages

Monday, August 13, 2012

Anwar Ibrahim di Jalan TAR!?













Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, lokasi beli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini, menjadi tumpuan ribuan warga kota termasuk mereka yang menetap di luar Lembah Kelang untuk membeli-belah pada saat akhir.

Tinjauan PerakToday.com di bazar Aidilfitri di Jalan TAR dan pusat beli-belah berhampiran mendapati, ramai pelanggan mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri pada saat akhir berikutan faktor kewangan dan kesibukan tugas, selain tawaran menarik peniaga mahu menghabiskan jualan.

Para peniaga juga tidak kurang hebatnya dalam menarik pelanggan untuk memberi barangan jualan di gerai masing-masing.

Dari jauh sudah boleh kedengaran laungan promosi atau lelong dikalangan peniaga disini.

Selain itu, ragam-ragam golongan penjual yang tidak kering gusi sedikit sebanyak berjaya mencuit hati pelanggan dan sekaligus melihat barangan jualan mereka.

Dalam pada itu, suri rumah, Siti Khuzaimah Rahman, 25, berkata ragam peniaga yang begitu kreatif dan bersungguh-sungguh sedikit sebanyak menyebabkan beliau memberi barangan di gerai tersebut.

Katanya, sepanjang beliau membeli belah di kawasan itu, dapat dilihat peniaga lelaki yang memakai tudung dan baju kurung bagi mempromosi produk yang dijual.

“Macam-macam cara peniaga disini menjual barangan dan mereka sangat kreatif… ada yang memakai pakaian wanita dan berdiri seolah-olah patung walaupun mereka adalah lelaki.

“Saya sering membeli belah disini dan biasanya pada saat akhir kerana suasana lebih meriah dengan orang-ramai dan gelagat peniaga mempromosikan barangan.

Tambah Siti Khuzaimah lagi, membeli-belah pada saat akhir adalah satu kebiasaan bagi warga kota kerana boleh mendapatkan pakaian dengan harga yang lebih murah berbanding awal Ramadan.

“Kita dapat banyak pilihan kerana ramai peniaga mahu menghabiskan stok barangan mereka,” katanya.

Seorang pengunjung, Noor Aishah Adam, 29 memberitahu beliau sanggup mengharungi perjalan jauh dan singgah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan tawaran harga menarik di beberapa pusat beli-belah sekitar ibu kota.

“Kami singgah untuk membeli pakaian anak-anak. Ini kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan jika pandai tawar-menawar, kita mungkin boleh dapat potongan harga yang menarik,” beliau menambah.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang ditemui Fatin Muslihah Sulong, memberitahu bahawa beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk membeli-belah di Jalan TAR atau Masjid Indin setiap kali tibanya hari lebaran.

“Saya dapati banyak barangan seperti baju kanak-kanak dan dewasa dapat dibeli dengan harga murah berbanding hari biasa.

“Barangan disini memang akan menjadi lebih murah apabila semakin hampirnya Syawal.

“Malah orang ramai juga sanggup melapangkan masa sehingga lewat malam semata-mata untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding waktu-waktu biasa,” katanya.

Sumber : Perak Today

2 comments:

  1. Bagozzz ! takde berbau politik hasutan....relaxxxx minda !

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH