Saturday, May 24, 2014

Panas! Azwandin si pengkhianat yang tak sedar diri!


Amat menarik apabila seorang pengkhianat seperti Azwandin Hamzah menggesa kerajaan agar mengenakan tekanan dan hukuman terhadap pengkhianat yang menyeludup minyak diesel. Bekas pekerja kedai buku yang mengaku memperolehi ijazah kelas pertama dari universiti luar negara, tanpa perlu ke luar negara dan masuk universiti pun, menyatakan demikian bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Kebelakangan ini, semenjak kedengaran ura-ura dia akan dilantik sebagai Senator, Azwandin Hamzah semakin kerap keluar media. Semakin kerap juga mengeluarkan pelbagai kenyataan dan semakin kerap menunjukkan bahawa dia memang ada apa-apa.

Hakikatnya, Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia yang ahlinya tidak pernah sampai lima puluh orang itu, merupakan antara orang yang paling aktif melaga-lagakan kepimpinan negara dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia jugalah orang yang menjadi tukang tikam belakang apabila 'mengembangkan' cerita kononnya Tun Mahathir sedang menyiapkan bala tentera untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak walaupun pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir, sekadar dihadiri dan dia bukannya orang penting pun. Dia sekadar mendengar yang dihantar oleh tok dalang tertentu bagi memastikan agenda Anwar Ibrahim terlaksana.

Berkat cucuk belakang dan hasutan, akhirnya satu konsensus dibuat antara Najib Abdul Razak dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang sedang terkapai-kapai pada waktu itu, diberikan nyawa untuk hidup balik oleh Azwandin Hamzah menerusi kejayaannya menipu Najib Abdul Razak.

Azwandin Hamzah jugalah orang yang berada dalam pasukan yang mengucar-ngacirkan pentadbiran Terengganu. Walaupun tidak muncul secara nyata, namun dia merupakan antara tenaga penting yang mahu memastikan Terengganu berada dalam kucar-kacir apabila seluruh perhatian diberikan kepada proses pemilihan PKR yang haru-biru dan huru-hara.

Orang ini merupakan antara trojan horse yang diletakkan oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan agendanya terlaksana. Meskipun tidak mempunyai kekuatan logistik namun peranan yang dimainkan selain hujah-hujah bodoh yang disengajakan untuk menampakkan kononnya UMNO berada dalam keadaan terdesak seringkali menguntungkan Anwar Ibrahim dan PKR.

Pengkhianat yang 'melompat' lebih awal dari PKR untuk masuk UMNO bagi tujuan mengisi temboloknya, semakin berjaya. Selain memiliki pelbagai jenis kenderaan mewah yang dibeli dengan menggunakan nama orang lain, Azwandin Hamzah yang turut menyapu dan menyebat pelbagai geran untuk NGO, kini mempunyai JARINGAN di dalam pentadbiran negara yang melihat Anwar Ibrahim adalah taukeh besar merea, bukannya Najib Abdul Razak.

Justeru, apabila si pengkhianat ini menyibuk dan menuding orang lain sebagai pengkhianat seharusnya, seluruh tudingan, bahkan telapak kaki harus dihadiahkan ke mukanya kerana pengkhianatannya bagi memastikan Anwar Ibrahim mendapat tempat dalam pentadbiran negara, jauh lebih besar bahayanya berbanding penyeludup diesel!!!

- selangor chronicle

2 comments:

  1. Yang bodoh ialah najib dan lain-lain yang se parti dengan nya pasai apa boleh percaya budak ini bengapnya nak salah budak ini saja susahlah.

    ReplyDelete
  2. JCM Jaringan Cina Malaysia iaitu sepusat sepusing JMM Azwandin ada cakap (keluat paper maa) TV3 pun ada keluat maa " itu penguatkuasaan Kem. Pengguna/SPRM/Kastam...takda effisien, takada kekuatan, terpedaya oleh sindiket (maknanya lemah, lambat bertindak,"korup?? etc) yang bersifat negatif, sehingga menyebabkan ketirisan berbilion RM dari kantong kerajaan. Grup NGOs seangkatannya menawarkan bantuan bersyarat jika ada diberikan upah/insentif kewangan mereka sanggup bantu kerajaan sebab mereka ada membuat kajian mengenalpasti maklumat sindiket2 tersebut. 40% pulangan insentif dari nilai rampasan pun sudah ok!!!!

    Kenapa setiap statement yang keluar paper UM & TV3 yang melibatkan kumpulan ini ada ayat-ayat jerangkap yang memperlecehkan jentera kerajaan? Secara halus menggambarkan persepsi jentera jabatan2 penguatkuasa selama ini terlalu lemah manakala kerajaan tidak memberi perhatian yg sepatutnya.

    Banyak dah cermin-cermin kaca yang pecah dilempar batu, walaupun ada peringatan kalau diami rumah kaca, jangan lempar batu, tapi ada orang hobinya main lambung batu tak kira tempat.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH